Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Profil Atlet

Bintang ski Eileen Gu mahu jadi inspirasi tarik wanita ceburi sukan elit

ERTI KEJAYAAN DAN KEWAJIPAN BAGI EILEEN GU
Jan 29, 2024 | 05:30 AM



Eileen Gu tahu bagaimana rasanya apabila bersendirian.

Sama ada ia berada di puncak lapangan ski sebelum perlumbaan atau sebagai individu cemerlang, kerjaya Gu yang berkembang pesat adalah bukti ketabahannya.

Dan gunung seterusnya untuk beliau daki ialah Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk (YOG) di Gangwon, Korea Selatan – yang menutup tirainya 1 Februari ini – dengan matlamat lebih besar iaitu Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Italy.

Pada usia 18 tahun dan mewakili China, Gu menjadi juara Olimpik termuda dalam ski gaya bebas di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 2022. Namum, bakat dan personalitinya mula-mula menyerlah di Lausanne – pada YOG Musim Sejuk 2020.

Di situlah kebangkitannya mula mendapat momentum.

Gu meraih emas dalam kedua-dua acara Big Air dan Halfpipe, serta perak dalam Slopestyle, sebelum menyamai rekod itu dua tahun kemudian di Beijing.


Hasil kecemerlangannya, baik di dalam mahupun di luar sukan ski, baru-baru ini dinamakan sebagai Duta Global untuk Gangwon 2024.

“Ia satu-satunya acara di mana atlet dari sukan berbeza akan bersatu dan bersaing di bawah lima gelanggang dan benar-benar mempunyai rasa perpaduan, semangat kesukanan dan persahabatan – terutamanya dengan orang sebaya anda,” kata Gu, 20 tahun.

“Ia benar-benar satu pengalaman mengujakan dan sesuatu yang boleh mencetuskan perbezaan dalam diri saya, mudah-mudahan perbezaan dan kelebihan ini dapat saya lihat di Sukan Olimpik dalam masa dua tahun.”

Perjalanan Gu dari YOG ke juara Olimpik adalah sesuatu yang luar biasa, terutamanya bagi seorang atlet pada awal kerjaya mereka dengan pencapaiannya melebihi batas sukan ski.

Diterima masuk ke Universiti Stanford

Gu bukan sahaja cemerlang di lapangan sukan; beliau menghabiskan pengajian pra-universiti setahun lebih awal dari rakan-rakan sebaya dan diterima masuk ke Universiti Stanford, dan entah bagaimana mencari jalan untuk mengimbangi sukan dan pendidikan.

“Saya fikir sukan telah memperkaya hidup saya ke tahap yang begitu tinggi dan mendalam, bukan sahaja dari segi kesejahteraan fizikal saya, tetapi juga mental dan kesejahteraan rohani saya,” kata Gu.

“Ia mengajar saya bagaimana untuk mengatasi ketakutan dan kebimbangan. Ia mengajar sesuatu yang begitu mendalam yang saya tidak akan dapat pelajari di tempat-tempat lain tentang daya tahan, tentang semangat kesukanan. Dan itu adalah sesuatu yang boleh mengatasi sebarang jenis halangan: bangsa, etnik, jantina, seksualiti, agama, dan lain-lain.

“Itulah sebabnya Sukan Olimpik Belia sangat berharga. Kerana tidak kira dari mana anda berasal atau sukan apa yang anda ceburi, anda sebaya, anda [dari] latar belakang yang serupa. Semua orang berada di puncak kemahiran mereka, dan dapat berkongsi pengalaman itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan.”

Selepas 11 bulan tanpa bersaing pada 2023 akibat kecederaan, Gu meluangkan masa untuk fokus pada pelajarannya sebelum memenangi Piala Dunia berturut-turut pada bulan Disember; ia seperti Gu tidak pernah ‘menghilang’.

Jadi apakah rahsia kejayaan juara Olimpik berganda itu?

“Saya agak ‘terkenal’ dalam latihan kerana saya berlatih seolah-olah tiada hari esok,” kata Gu. “Dalam latihan saya amat kompetitif, saya mahu lakukan lebih baik dari rakan-rakan sepasukan, begitulah cara saya meletakkan tekanan bagi diri saya sendiri,” katanya.

“Saya selalu mengatakan bahawa bersaing adalah 50 peratus kemahiran dan 50 peratus tekanan. Mempelajari strategi untuk mengatasinya akan memberi anda kelebihan.”

Pada November tahun lalu, dilaporkan bahawa sukan wanita elit akan menjana pendapatan AS$1.28 bilion ($1.72 bilion) pada 2024 menurut penganalisis kewangan Deloitte, iaitu peningkatan 300 peratus daripada tiga tahun lalu.

Gu ada 1.9 juta pengikut di media sosial

Pada tahun-tahun awalnya sebagai seorang atlet, bagaimanapun, Gu berkata beliau merasakan tekanan seluruh masyarakat di bahunya kerana kekurangan wanita muda yang bertanding dalam sukan profesional.

“Saya rasa seperti saya terpaksa mewakili seluruh komuniti ini, sesuatu yang tidak adil kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun,” katanya.

Kini, Gu menggunakan 1.9 juta pengikut yang dimilikinya di Instagram, serta platform media sosial yang lain, untuk bercakap tentang penyertaan wanita dalam sukan dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada atlet muda.

“Apa yang saya cuba lakukan ialah menggunakan platform saya dengan secara positif. Saya berpendapat bahawa penyertaan adalah kunci, dan saya juga berpendapat bahawa terdapat kewajipan untuk semua orang dalam sukan untuk menjadikan sukan boleh diakses sebaik mungkin untuk semua orang.” - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >