Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bintang tenis Andy Murray mungkin bersara tidak lama lagi

Feb 27, 2024 | 03:37 PM



DUBAI: Bintang tenis dari Britain, Andy Murray, menggambarkan beliau mungkin hanya mempunyai “beberapa bulan” lagi sebelum bersara daripada kerjaya tenisnya, selepas meraih kemenangan keduanya semasa kejohanan Terbuka Dubai 2024.


Pemain berusia 36 tahun itu menewaskan pemain Canada, Denis Shapovalov 4-6 7-6 (7-5) 6-3, di Dubai.

“Saya mungkin tidak mempunyai masa terlalu lama, tetapi saya akan melakukan yang terbaik dalam beberapa bulan ini,” katanya selepas kemenangan itu.

Murray mengalami kekalahan enam kali berturut-turut sehingga minggu lalu sebelum memperoleh kemenangan pertamanya pada 2024 di Doha.

“Saya masih suka bertanding dan menggemari permainan ini, tetapi semakin sukar bersaing apabila kita meningkat usia, untuk memastikan badan terus cergas dan segar,” katanya.

Spekulasi mengenai Murray, juara Grand Slam tiga kali, yang mungkin berhasrat untuk bersara, menjadi topik perbincangan sejak beberapa tahun lalu, selepas pemain Scotland itu menjalani pembedahan menggantikan pinggul pada 2019.

Bagaimanapun, beliau mengatasi rintangan itu dan kembali ke gelanggang, seterusnya memenangi satu lagi kejuaraan, dan memasuki tiga lagi perlawanan akhir.

Kali terakhir Murray bertanding dalam perlawanan akhir adalah pada 2023 apabila beliau tewas kepada Daniil Medvedev di Doha.

Pada 2024 bagaimanapun, Murray tewas dalam empat perlawanan pembukaan musim 2024, dan berkata beliau berada dalam “detik teruk” tetapi “tidak akan berhenti” bermain tenis, walaupun terdapat spekulasi mengenai tarikh persaraannya.

Beliau menunjukkan persembahan agak lesu dalam Terbuka Australia, dan dalam dua kekalahan pada Jelajah Persatuan Profesional Tenis (ATP) di Perancis, namun masih berazam mencatat persembahan baik, semampu mungkin.

Ini terbukti apabila beliau berjaya menewaskan pemain nombor 75 dunia Alexandre Muller minggu lalu di Doha.

Namun selepas itu, Murray tewas kepada Jakub Mensik, 18 tahun, yang berada dalam kedudukan ke-116, pada pusingan kedua, dan akibatnya Murray jatuh ke tangga ke-67 dunia.

Semasa perlawanan itu, Murray berkata, “permainan ini bukan lagi untuk saya” tetapi apabila ditanya mengenai komen beliau di Dubai pada 26 Februari, beliau berkata:

“Orang ramai banyak membuat andaian daripada apa yang saya katakan di gelanggang, dan ia tidak sentiasa rasional”.

Murray, bekas juara di Kejohanan Tenis Dubai, bangkit daripada kegagalan untuk menewaskan Shapovalov yang menduduki kedudukan ke-120, dalam perlawanan melelahkan selama dua jam 33 minit.

Ini menandakan kemenangan ke-500 dalam kerjaya bintang tenis itu di gelanggang keras, dan sekali gus membantunya menyertai Roger Federer, Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Andre Agassi sebagai pemain lelaki yang mencapai kemenangan sukar itu.

“Jelas sekali gelanggang keras menjadi permukaan baik buat saya selama ini dan memenangi 500 perlawanan memang banyak.

“Jadi ya, saya sangat berbangga. Ia baik sekali sebelum saya berhenti bermain,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >