Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Johan Terbuka Australia Jannik Sinner sedia hadapi cabaran baru

Jan 29, 2024 | 04:13 PM



MELBOURNE: Jannik Sinner kini bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal tampil di di hadapannya selepas mencapai gelaran johan ‘Grand Slam’ buat julung-julung kalinya di Terbuka Australia dengan menyatakan beliau senang “menari dalam ribut tekanan”.

Sejak menyertai arena tenis pada usia 17 tahun pada 2019, atlet dari Italy itu sering dianggap sebagai salah seorang pemain besar masa depan sukan berkenaan.

Baginya, ia merupakan perjalanan gigih sepanjang lima tahun untuk mencapai kemuncak itu dengan menewaskan pesaingnya, Daniil Medvedev menerusi kemenangan lima set yang diraih dengan memecut dari belakang di Melbourne pada 28 Januari.

Dan pemuda handal berusia 22 tahun itu ingin menikmati pencapaian tersebut dengan tenang-tenang sahaja.

“Saya sangat senang berada di kedudukan ini sekarang. Saya mempunyai satu pasukan yang baik di belakang saya yang peka terhadap apa yang saya perlu lakukan,” katanya merujuk kepada perhatian tambahan yang bakal dihadapinya kelak.

Sinner berkata beliau berbesar hati mempunyai Darren Cahill sebagai jurulatihnya yang pernah mencatat pelbagai pencapaian dalam arena kejohanan sukan itu.

Mantan pemain tenis profesional dari Australia itu telah melatih Lleyton hewitt untuk menjadi pemain paling muda kedua untuk mencapai kedudukan sedunia nombor satu sebelum membimbing Andre Agassi menjadi pemain paling tua untuk merangkul demikian.

Beliau juga telah bekerja dengan segolongan pemain berprofil tinggi lain termasuk Andy Murray dan Simona Halep, membimbing pemain Romania itu hingga ke puncak menara Terbuka Perancis.

“Dengan Darren, beliau mempunyai banyak pengalaman. Beliau telah melalui perjalanan ini beberapa kali,” kata Sinner.

“Jadi, ia semua sebahagian satu proses. Sudah tentu, dengan mempunyai piala ini, ia satu perasaan yang luar biasa. Saya berbesar hati dapat memilikinya di sini.

“Tapi saya sedar, saya perlu berusaha dengan lebih keras, sebab pesaing lain... mereka akan mencari cara untuk menewaskan saya dan saya perlu bersedia. Kita lihat sahaja nanti.”

Satu aspek yang agak nyata sewaktu Sinner beraksi di Melbourne adalah gaya permainannya yang tenang dan tidak tergesa-gesa.

Sewaktu menentang Medvedev, yang menampilkan permainan lebih ganas, Sinner kelihatan tidak kelam-kabut apabila terjatuh dua set ke belakang.

Sebaliknya, Sinner memerhatikan kelemahan di sebalik kekebalan pemain Russia itu dan apabila peluang untuk menewaskannya timbul, Sinner mengambil peluang itu.

“Tekanan sentiasa ada, tetapi tekanan itu adalah sesuatu perkara yang baik. Anda harus menelannya dengan cara yang baik. Bahkan ia satu keistimewaan juga, bukan?” katanya.

“Jadi iya, saya gemar menari dalam ribut tekanan ini. Secara peribadi saya memang gemar berbuat demikian sebab di situlah saya dapat menampilkan prestasi terbaik saya dalam tenis. Saya juga agak tenang dalam saat ini, sebab saya akan terus cuba untuk menikmati waktu saya berada di gelanggang.” – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >