Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola jaring: S’pura raih kemenangan sukar ke atas Canada

Oct 25, 2023 | 05:24 PM



Walaupun menentang pasukan Canada yang tidak disenarai dalam ranking dunia, Singapura, yang berada di ranking ke-26, tidak mengambil mudah perlawanan bola jaring Piala Negara Mirxes itu.

Pada Selasa, tuan rumah terpaksa berhempas pulas sebelum menang 50-44 ke atas pasukan Canada yang lebih fizikal, lapor The Straits Times.


Canada menewaskan pasukan Sri Lanka, yang berada di tangga ke-20 ranking dunia, pada Ahad.

Selepas kemenangan mereka di Arena OCBC, jurulatih Singapura, Annette Bishop, memuji pasukannya kerana melalui cabaran tersebut.

Beliau berkata: “Selalunya akan ada persaingan sengit daripada semua pasukan di sini.

“Saya amat bangga dengan cara pasukan kami terus menghadapi persaingan sengit dan bekerja keras, kerana kami sebenarnya kadangkala menghadapi kesukaran untuk menentang (pasukan) yang lebih fizikal, jadi itu adalah lebih baik.”

Pasukan lawan, yang terdiri daripada pemain tinggi lampai – misalnya pemain pertahanan Amonda Francis, yang setinggi 1.82 meter, dan penyerang Sarah Binns, setinggi 1.83 meter – menguasai permulaan perlawanan dan mendahului 9-4.

Bagaimanapun, Singapura bangkit menyamakan jaringan 11-11 dalam masa kurang tiga minit, dan mendahului 16-11 pada penghujung 15 minit selepas perlawanan bermula.

Pasukan Singapura mengekalkan barisan pemain yang sama selepas kembali ke gelanggang dan nampak lebih yakin.

Mereka menjaringkan lima gol berturut-turut untuk melebarkan jurang jaringan kepada 21-11.

Rentak permainan menjadi perlahan selepas jurulatih SIngapura membuat beberapa pertukaran, tetapi pasukan Singapura selesa menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 32-20.

Tetapi apabila Canada lebih selesa dengan rentak permainan Singapura, mereka menimbulkan masalah kepada pasukan tuan rumah, mengatasi dalam suku ketiga (10-9) dan keempat (14-9).

Tetapi Singapura bangkit dan menjamin kemenangan kedua mereka daripada tiga perlawanan.

Kapten kedua Singapura, Khor Ting Fang, percaya pengalaman pasukan itu dalam Piala Dunia pada 28 Julai hingga 6 Ogos membantu mereka menghadapi lebih banyak pasukan lawan yang lebih fizikal seperti Canada – yang mempunyai ramai pemain yang pernah bermain bola keranjang.

Beliau berkata: “Kami selalu mengatakan bola jaring adalah sukan tanpa kontak, tetapi pasti akan ada beberapa kontak dalam perlawanan – bukan yang tidak adil, tetapi yang adil, mencabar, bersaing untuk mendapatkan bola dan itu hanya sesuatu yang perlu kami sesuaikan diri.

“Kami mempunyai pengalaman menentang pemain bertubuh lebih besar, lebih kuat dan lebih tinggi, dan kami hanya menganggapnya sebagai sebahagian daripada permainan.”

Piala Negara adalah pertandingan antarabangsa pertama Canada dalam tiga tahun berikutan sekatan Covid-19, yang menyebabkan pasukan itu terkeluar daripada ranking dunia.

Hingga 2 Disember 2019, Canada berada di ranking ke-32.

Jill McIntosh, jurulatih sementara Canada untuk Piala Negara, berkata: “Bukan mudah untuk pemain Canada kerana mereka tidak bermain dengan pasukan yang pantas.

“Mereka bermain dengan pasukan yang lebih perlahan, dan mereka tidak banyak bermain sebelum ini kerana ia mahal buat mereka dan ramai pemain membiayai ongkos sendiri, jadi sangat sukar untuk mereka.

“Kejohanan ini akan memberikan mereka seolah-olah satu ranking, kerana mereka sudah lama tidak bermain, jadi salah satu matlamatnya ialah datang ke sini dan mendapatkan ranking.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >