Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura menang 58-36 ke atas Cook Islands

Oct 24, 2023 | 3:40 PM
RAIH MATA: Pelontar gol Singapura, Amandeep Kaur Chahal (memegang bola), melakukan lontaran ketika perlawanan menentang Cook Islands dalam Piala Negara Mirxes.
RAIH MATA: Pelontar gol Singapura, Amandeep Kaur Chahal (memegang bola), melakukan lontaran ketika perlawanan menentang Cook Islands dalam Piala Negara Mirxes. - Foto MIRXES NATIONS CUP

Selepas kekalahan tipis kepada Papua New Guinea (PNG) pada hari pembukaan Piala Negara Mirxes, Singapura berazam menebus kekalahan itu.

Pada Isnin, pasukan negara di tangga ke-26 dalam ranking dunia itu kembali ke laluan kemenangan, apabila mereka mengetepikan kekecewaan itu untuk meraih kemenangan besar 58-36 ke atas Cook Islands, yang berada di tangga ke-19 dunia, di Arena OCBC.

Pemain tengah Singapura, Angelina Lim, berkata: “Selepas muncul daripada kekalahan semalam, semua orang benar-benar bersemangat untuk perlawanan ini.

“Akibat kekalahan itu, kami harus bangkit seperti yang Annette (ketua jurulatih Singapura, Annette Bishop), katakan.

“Dengan semangat yang membakar, kami mempunyai pemikiran sama untuk hanya fokus pada 60 minit sepenuhnya permainan ini dan memberikan yang terbaik, untuk mendapatkan setiap bola dan benar-benar bersaing untuk mendapatkan lebih banyak jaringan.”

Perlawanan pada suku pertama sangat sengit pada mulanya, dengan kedudukan terikat 7-7 sehingga Singapura melakukan lontaran tajam dan pasukan lawan melakukan kesilapan yang membolehkan tuan rumah mendahului 20-13.

Kelebihan itu ditambah kepada 32-19 pada separuh masa.

Singapura meneruskan penguasaan mereka selepas rehat dan melebarkan jurang kepada 47-26 selepas suka ketiga.

Suku terakhir menyaksikan Singapura tenang sedikit, walaupun mereka masih mendahului Cook Islands, dan mengakhiri perlawanan dengan satu kemenangan hebat.

Pelontar gol, Amandeep Kaur Chahal, yang menjaringkan gol sebanyak 91 peratus (29 daripada 32) daripada semua percubaannya, berkata:

“Secara umum minda keseluruhan pasukan pada hari ini adalah untuk kembali lebih kuat dan membuktikan bahawa kami berada di sini untuk menang.

“Kami dapat berpegang teguh pada rancangan permainan kami dan saya sangat berbangga dengan mereka kerana mengekalkannya sepanjang empat suku.

“Walaupun perubahan dilakukan, kami cukup lancar.”

Melangkah ke perlawanan Isnin, Annette Bishop berkata pasukan itu mahu menghapuskan “kesilapan kecil” yang merugikan mereka ketika menentang PNG.

Dalam perlawanan lain pada Isnin, Singapura A, pasukan pembangunan bawah 23 tahun, menewaskan Sri Lanka 62-51, manakala PNG mengalahkan Canada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg