TUNKU Sultan Ismail muncul sebagai individu paling diminati untuk menerajui sukan bola sepak Malaysia bagi empat tahun mendatang setelah kerabat diraja Johor itu mengesahkan penyertaannya dalam pemilihan presiden Persatuan Bola Speak Malaysia (FAM) bulan depan.
Putera Mahkota Johor itu, yang juga dikenali sebagai TMJ, akan bertanding bagi kerusi tersebut menentang bekas presiden Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, dalam pemilihan FAM pada 25 Mac ini.