Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura mesti bertahan, serang sepasukan: Nishigaya

Akur Thailand punya pemain berbakat, jurulatih Singa mahu pasukannya main secara kolektif
Nov 20, 2023 | 05:24 PM



Pasukan Singa harus bermain sebagai sebuah pasukan – ketika bertahan mahupun menyerang – jika ingin meraih sebarang mata apabila berdepan Thailand di Stadium Negara pada Selasa, kata ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya.

Warga Jepun itu menggesa anak didiknya supaya memanfaatkan semangat penyokong di laman sendiri sedang Singapura memburu mata pertamanya dalam kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini. 

Pada Sabtu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendedahkan dalam satu hantaran di Facebook bahawa 20,000 tiket telah habis dijual.

Bercakap dalam sidang media praperlawanan pada Isnin, Nishigaya akur mengenai ancaman Thailand, juara tujuh kali Asean dan pasukan nombor ke-112 dunia.

Singapura berada 43 anak tangga di bawah seterunya itu.

“Pasukan Thailand mempunyai pemain berbakat… jadi Singapura harus bermain secara kolektif, baik ketika bertahan mahupun apabila melancarkan serangan.

“Sudah tentu kami sangat menghormati Thailand tetapi kami bermain di laman sendiri dan kami harus memanfaatkan kelebihan ini,” ujarnya.

Singapura dan Thailand belum mengumpul sebarang mata dalam Kumpulan C.

Pasukan Singa tumpas di tangan gergasi Asia, Korea Selatan, 0-5 di Seoul pada Khamis, manakala Thailand kalah tipis 1-2 kepada China di Bangkok.

Dalam kekalahan itu, Nishigaya mengatur strategi lebih defensif. Beliau hanya menurunkan Shawal Anuar dan Song Ui-young, dua penyerang sebenar, dalam perlawanan itu.

Ditanya Berita Harian sama ada beliau mempunyai pilihan penyerang lain, seperti adik-beradik Ikhsan dan Ilhan Fandi yang sedia beraksi, Nishigaya tidak memberi butiran lanjut tetapi menjawab:


“Saya dan pasukan ini menjangkakan permainan hebat daripada mereka berdua dan mereka boleh membawa tenaga berbeza dalam pasukan ini.

“Tetapi, pada akhirnya, kami adalah satu pasukan. Kami mempunyai pemain lain yang juga boleh menyumbang sebanyak mereka.”

Duo itu sedang beransur pulih daripada kecederaan yang dialami sejak 2022.

Ilhan dimasukkan pada lapan minit terakhir perlawanan menentang Korea Selatan, manakala Ikhsan hanya dapat duduk di bangku simpanan.

Nishigaya berharap dua senjatanya itu dapat segera cergas untuk ditampilkan dan memainkan peranan mereka di Stadium Negara, memandangkan pasukan Singa tewas dalam lima perlawanan menentang Thailand sebelum ini.

Kemenangan terakhir Singapura ke atas pasukan Gajah Perang itu ialah lebih sedekad lalu, iaitu 3-1 dalam Kejohanan AFF pada 2012.

Bagi ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking, perlawanan malam ini mesti dimenangi pasukannya.

“Kami benar-benar menghormati Singapura dan dalam bola sepak semasa, tiada perlawanan mudah,” kata warga Brazil-Jerman itu.

“Kami berdua berada dalam situasi sama, dengan dua kekalahan berturut-turut bermakna kemungkinan disingkirkan daripada perlumbaan (ke pusingan seterusnya).

“Jadi, kami perlu lebih fokus dan tidak memandang rendah pada lawan kami. Tiada lagi ruang untuk membuat kesilapan,” ujarnya.

Polking juga mengesahkan bahawa dua pemainnya tidak ke kota Singa dek kecederaan yang dialami dalam perlawanan sebelumnya.

Bintang midfield, Chanathip Songkrasin, and pemain bek tengah, Pansa Hemwiboon, tidak akan beraksi menentang Singapura.

Pasukan Singa juga dihimpit ketiadaan beberapa pemain. 

Pemain bek tengah, Irfan Fandi, direhatkan selepas cedera sekali lagi di Seoul, manakala pemain midfield, Shah Shahiran, dikenakan penggantungan.

Singapura kini tercorot dalam tangga Kumpulan C tanpa mata selepas perlawanan pertama, dengan Thailand di tempat ketiga, mengikut perbezaan gol.

Korea Selatan mendahului kumpulan ini dengan tiga mata, di depan China, yang mempunyai jumlah mata yang sama tetapi bilangan gol lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >