Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: S'pura tumpas di tangan Afghanistan dalam perlawanan persahabatan

Mar 24, 2017 | 11:31 AM



BERMAIN dalam perlawanan pertama sejak gagal dalam Piala AFF Suzuki November lepas, Singapura tewas 2-1 kepada Afghanistan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Doha pada Khamis (12 dinihari Jumaat waktu Singapura).

Ia merupakan perlawanan pertama jurulatih kebangsaan V. Sundramoorthy, 51 tahun, sejak menerima lanjutan kontrak dua tahun Isnin lalu.

Walaupun membariskan gandingan pertahanan baru Irfan Fandi, 19 tahun, dan Safuwan Baharudin, 25 tahun, ia mengambil masa hanya empat minit bagi Afghanistan mengalahkan barisan pertahanan Singapura Kelab Sukan Al-Sailiyah.

Pemain Geylang International Shawal Anuar menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-47 untuk menyamakan kedudukan tetapi Mustafa Azadzoy menjaringkan gol pada minit ke-58 dan meletakkan Afghanistan kembali di depan.

Singapura akan ke Bahrain bagi kelayakan pusingan ketiga Piala ASIA AFC 2019 Kumpulan E menentang tuan rumah pada Selasa (28 Mac).

Singapura mahu melayakkan diri ke kejohanan itu buat kali pertama sejak 1984, apabila mereka layak secara automatik sebagai tuan rumah. Mereka diundi dalam kumpulan yang sama dengan Turkmenistan dan China Taipei.

Afghanistan bertemu Vietnam Selasa depan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C. Mereka diundi dalam kumpulan bersama Jordan dan Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >