Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Brighton untung 122.8j paun musim lalu

Apr 04, 2024 | 11:53 AM



LONDON: Brighton mengumumkan rekod keuntungan berjumlah 122.8 juta paun ($208.68 juta) bagi musim kewangan 2022/2023 – musim paling berjaya dalam sejarah kelab Liga Perdana England (EPL) itu.


Keuntungan selepas cukai meningkat hampir 100 juta paun daripada 24.1 juta paun, dengan penjualan meningkat 17.2 peratus.

Brighton menduduki tempat keenam dalam EPL musim 2022/2023, melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dan juga meraih yuran perpindahan besar bagi beberapa pemain utama mereka.

Angka-angka tersebut boleh membantu “kemajuan penting” di padang, kata Brighton.

“Akaun-akaun tersebut sudah tentu menarik perhatian kerana angka yang diraih,” kata ketua eksekutif Brighton, Paul Barber.

“Dalam satu musim sahaja kami mengukir sejarah di padang dengan melangkah ke hadapan berkaitan sasaran jangka panjang kelab ini untuk menjadi lebih mampan dan kurang bergantung kepada pelaburan pemilik Brighton, Tony Bloom.”

Brighton membuat “bayaran mencukupi” kepada Bloom buat kali pertama, tambah Barber.

Ini bermakna kelab tersebut telah mengurangkan baki pinjaman bebas faedah Bloom, dengan yang pertama diberi pada 2007, kepada 373.3 juta paun daripada 406.5 juta paun.

Keuntungan Brighton diraih sedang beberapa kelab mencatatkan kerugian bagi musim 2022/2023, termasuk Aston Villa (120 juta paun); Chelsea (90 juta paun); Everton (89 juta paun); Leicester (90 juta paun); Newcastle United (73 juta paun); Nottingham Forest (52 juta paun); dan Wolves (67 juta paun).

Sementara itu Everton dan Nottingham Forest telah dikenakan denda mata kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan, sedang Leicester berhadapan tuduhan serupa.

Yang pasti, pendapatan besar Brighton bagi musim 2022 hingga 2023 diraih daripada prestasi mereka di padang dan kemampuan mereka meraih manfaat dengan menjual pemain yang hadir dengan bayaran yang lebih rendah.

Pengurus Brighton, Roberto de Zerbi, membimbing kelab itu ke peringkat tertinggi dalam sejarah 122 tahun mereka, selain melangkah ke separuh akhir Piala FA buat kali ketiga. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >