Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool gagah, selesa ke suku akhir

Mar 15, 2024 | 03:13 PM



LIVERPOOL: Liverpool menepis Sparta Prague 6-1 pada 15 Mac untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Europa dengan agregat 11-2.


Bayern Leverkusen pula berjaya bangkit semula untuk meraih kemenangan ke atas Qarabag.

Liverpool sudah mendahalui perlawanan 4-0 dalam tempoh hanya 14 minit hasil jaringan Darwin Nunez, Bobby Clark, Mohamed Salah dan Cody Gakpo.

Penyerang Sparta Prague, Veljko Birmancevic, berjaya mendapatkan satu gol cenderahati sebelum separuh masa pertama berakhir, tetapi Liverpool kekal menguasai perlawanan.

Dominik Szoboszlai menambah jaringan Liverpool pada minit ke-48 dan Gakpo melengkapkan kemenangan Liverpool dengan gol keduanya pada minit ke-55.

“Terpulang kepada kami untuk menentukan betapa hebatnya perlawanan itu dan sudah tentu kami berseronok bermain bola sepak, dengan beberapa gol awal yang hebat,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, kepada media.

Seterusnya bagi Liverpool ialah kunjungan ke Old Trafford menentang Manchester United dalam Piala FA demi mengekalkan usaha mereka untuk mendapatkan empat trofi utama musim ini.

Leverkusen pula memperolehi kemenangan 3-2 di tempat sendiri mengatasi pasukan Azerbaijani, Qarabag, dengan dua jaringan Patrik Schick pada masa tambahan untuk memperolehi kemenangan agregat 5-4.

Kemenangan ini bermakna Leverkusen belum pernah tewas dalam 37 perlawanan.

Pasukan bimbingan Xabi Alonso juga menduduki tempat teratas Bundesliga, dan juga berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala DFB Pokal.

Usaha Brighton & Hove Albion untuk atasi jurang empat gol terbukti sia-sia sahaja kerana mereka hanya berjaya mendapatkan kemenangan 1-0 dan Roma tetap mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan agregat 4-1.

“Seperti apa yang saya katakan dahulu, tidak ada siapa yang mahu berdepan dengan Roma dalam pertandingan ini,” kata pengurus Roma, Daniele De Rossi, kepada media.

Atalanta berjaya mengatasi pasukan Portuguese, Sporting, dalam perlawanan sengit dengan mereka menang 2-1 melalui jaringan Ademola Lookman dan Gianluca Scamacca untuk dapatkan kemenangan agregat 3-2 bagi pasukan Italy itu.

AC Milan juga mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 3-1 ke atas Slavia Prague untuk mendapatkan kemenangan agregat 7-3.

Pemain Slavia, Tomas Holes, dilayangkan kad merah pada awal perlawanan.

West Ham United menundukkan Freiburg 5-0, kemenangan terbesar mereka dalam pertandingan Eropah untuk mara ke pusingan lapan terakhir.

Olympique De Marseille menyingkirkan Villarreal, juara pertandingan tersebut pada 2020-21.

Villarreal bertekad mengatasi Marseille dan mereka berjaya mendapatkan kemenangan 3-1 yang mengagumkan tetapi tidak mencukupi dan mereka kalah 5-4 secara agregat.

Pasukan Scotland, Rangers, ditewaskan di tempat sendiri buat pertama kali oleh pasukan Portugal dalam satu pertandingan Eropah, dengan kekalahan 1-0 kepada Benfica dan 3-2 secara agregat.

Cabutan untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan berlangsung di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) di Nyon, Switzerland pada 16 Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >