LONDON: Penipu! Pengurus Hull City, Steve Bruce, yakin pasukannya seharusnya bermain dengan kelebihan satu pemain dalam perlawanannya dengan Chelsea, setelah pemain bek tengah The Blues, Gary Cahill, 'merebahkan' diri dalam kotak penalti pada babak awal separuh masa kedua.
"Macam aksi dalam Swan Lake (filem muzikal tarian balet)," ujar Bruce, yang mendakwa, Cahill, yang telah dilayangkan kad kuning seharusnya 'melihat' merah kerana cuba menipu pengadil.