Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

'Bruno Fernandes tidak harus jadi kapten United lagi'

Kapten Man U dikritik kerana sikap, tingkah lakunya semasa kekalahan 7-0 kepada Liverpool
Mar 08, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bruno Fernandes tidak harus menjadi kapten Manchester United lagi menyusuli kekalahan memalukan 7-0 kepada Liverpool, kata Chris Sutton.



Pemain asal Portugal itu, yang menjadi kapten semasa ketiadaan Harry Maguire, dikritik kerana sikap dan tingkah lakunya semasa perlawanan itu.



"Ada orang jauh lebih berkelayakan untuk menjadi kapten," kata Sutton, seorang bekas penyerang dalam Liga Perdana England (EPL) dan England.



"Fernandes bukan pemimpin terbaik mereka. Ada calon lebih sesuai daripadanya, Casemiro salah seorang daripada mereka," tambah Sutton.



Bercakap dalam sebuah rancangan BBC 5 Live, Sutton, yang turut menyarankan Raphael Varane sebagai satu lagi pilihan, menambah: "Saya fikir beliau tidak harus memakai sarung lengan (kapten) lagi bagi Manchester United."



Fernandes, 28 tahun, mempunyai 57 gol dan 50 assists dalam 166 permainan bagi United dalam semua pertandingan, namun tingkah lakunya di Anfield dianggap memalukan oleh bekas kapten Roy Keane, sementara seorang lagi bekas kapten, Gary Neville, berkata "beliau memalukan ada kalanya".



Fernandes juga dilihat menolak penolong pengadil pada minit ke-81. Tiada tindakan diambil pengadil pada masa itu dan insiden tersebut tidak disiasat Persatuan Bola Sepak.



BBC Sport juga diberitahu bahawa beliau tidak meminta digantikan pada hujung perlawanan, selepas persoalan timbul tentang isyarat yang dibuat kepada pasukannya di bangku.



Pada satu ketika, apabila pemain Liverpool Stefan Bajcetic melepasinya dekat garis tepi, Fernandes dilihat berhenti dan tidak mengejar pemain midfield itu.



"Itu satu saat yang ketara. Seburuk mana United, anda tidak boleh membiarkan seseorang pemain lawan melepasi anda dan kemudian anda menyerah begitu sahaja.



"Itulah yang dilakukan kapten Manchester United - dan itu kelihatan buruk. Saya tidak fikir beliau ada sembarang hujah jika tugas kapten dilucutkan daripada beliau," ujar Sutton. "Saya fikir masanya sebagai kapten pasukan sudah berakhir."



Namun, wartawan bola sepak Rory Smith berkata: "Fernandes seorang yang tidak kenal erti kalah, dan mempunyai mentaliti ingin menang."



Smith menambah: "Meskipun kekurangan Bruno paling menarik perhatian pada Ahad, saya juga mempersoal apa yang berlaku pada Casemiro dan juga pemain gantian ten Hag. Banyak kegagalan pada Ahad daripada kekurangan Bruno Fernandes sahaja," tambahnya.



Kekalahan itu datang tujuh hari selepas United memenangi Piala Carabao - trofi pertama mereka sejak Erik ten Hag tiba sebagai pengurus Mei lalu. Pada masa ini United berada di tangga ketiga dalam EPL dan telah layak ke suku akhir Piala FA serta peringkat 16 pasukan terakhir Liga Europa.



ten Hag, yang menyifatkan persembahan pasukannya semasa menentang Liverpool "tidak profesional", tidak menyertakan Marcus Rashford, yang kehilangan form, awal musim ini selepas penyerang itu tidak menghadiri sebuah mesyuarat pasukan, sementara kontrak Cristiano Ronaldo ditamatkan pada November. - Agensi berita.




"Fernandes bukan pemimpin terbaik mereka. Ada calon lebih sesuai daripadanya, Casemiro salah seorang daripada mereka... Saya fikir beliau tidak harus memakai sarung lengan (kapten) lagi bagi Manchester United."
- Bekas penyerang EPL dan England, Chris Sutton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >