Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Selamat datang: Pemenang Ballon d’Or menjadi pemain terbaru ke Arab Saudi apabila menyertai Al–Ittihad

Bye! Bye! Tapi legasi Benzema terpahat kukuh di Real Madrid

Jun 07, 2023 | 12:31 PM



MADRID: Karim Benzema meninggalkan Real Madrid sebagai seorang lagenda, dan sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah kelab tersebut selepas 14 tahun.


Beliau juga meninggalkan “jurang besar” dalam skuad Real yang kini sedang menjalani transformasi hebat, dengan beberapa bintang ikonik digantikan dengan bakat baru.

Selepas pengumuman bahawa penyerang asal Perancis itu bakal meninggalkan kelab tersebut dibuat pada Ahad, Berita Minggu (BM) meninjau legasi Benzema – dan kesan di atas pemergiannya itu.







CEMERLANG SECARA MENYELURUH

Selepas menyertai Real Madrid dari kelab Ligue 1 Perancis, Lyon, sebagai pemain muda berusia 21 tahun pada 2009, Benzema menjangkaui jangkaan dengan membantu pasukan itu memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara lima kali, empat kejuaraan La Liga dan anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or 2022, menyumbatkan 353 gol sepanjang bersama kelab itu – dan di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak kelab itu di belakang Cristiano Ronaldo.

Angka itu lebih hebat memandangkan beliau pernah hanya memainkan peranan sokongan kepada Ronaldo sepanjang masa yang lama bersama kelab itu, dan hanya keluar daripada “bayangan” untuk menjadi pemain utama di bahagian serangan sepanjang lima musim lalu.

Secara purata Benzema menjaringkan 32.2 gol bagi setiap musim sejak Ronaldo meninggalkan kelab itu pada 2018, berbanding 21.3 jaringan semasa memainkan peranan menyokong Ronaldo.

Beliau turut memainkan peranan penting dengan menyumbangkan 138 assist.


Lantas ini menunjukkan kemampuan dan sumbangan besar pemain itu selain keinginan dan keupayaannya bermain untuk pasukan itu bila diperlukan, berbanding dengan hanya mengejar kejayaan peribadi.

Sikap Benzema yang tidak mementingkan diri sendiri merupakan faktor penting dalam pembangunan para pemain muda dalam kelab tersebut sejak beberapa tahun lalu, seperti Vinicius Junior dan Rodrygo dari Brazil.

Secara keseluruhannya, beliau akan diingati selaku pemain dengan jersi nombor sembilan yang lengkap dan bukan sekadar penjaring gol.

Beliau juga mampu mainkan peranan baik di bahagian midfield, selain mencipta peluang untuk pemain lain, selain untuk dirinya sendiri.


Namun musim yang baru lalu memang agak mencabar buat Benzema.

Pada usia 35 tahun, Benzema terlepas peluang beraksi dalam Piala Dunia, hanya mampu bermain dalam kesebelasan utama persaingan liga sebanyak 23 kali dan kurang memainkan peranan memberangsangkan, terutamanya semasa Real tewas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Manchester City.

Beliau dilaporkan telah menerima tawaran daripada kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.







PENGGANTI JERSI NOMBOR SEMBILAN

Bakat Benzema yang menyeluruh memang sukar diganti dan menurut jurulatih Real – Carlo Ancelotti – yang dijangka kekal dengan kelab tersebut meskipun mendapat tawaran menguruskan pasukan nasional Brazil – pada masa ini tiada pengganti yang sesuai.

Rodrygo pernah diuji untuk memainkan peranan di tempat Benzema namun kelihatan lebih selesa bermain di bahagian sayap kanan.

Sementara itu Eden Hazard dan Mariano Diaz dilaporkan sudah sedia meninggalkan kelab itu di akhir musim ini.

Beberapa pemain telah dikaitkan dengan pasukan itu termasuk Joselu yang pernah menyarung jersi Stoke City dan Newcastle.

Pemain Chelsea, Kai Havertz, Victor Osimhen dari Napoli serta penyerang berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane, juga pernah dikaitkan. Begitu juga Roberto Firminho yang kini berusaha dapatkan cabaran baru selepas meninggalkan Liverpool.

Namun pilihan utama masih lagi Kylian Mbappe yang masih menyarung jersi Paris St-Germain (PSG).

PROJEK GENERASI BARU DITERUSKAN

Benzema merupakan lagenda terkini yang meninggalkan Real Madrid sepanjang dua tahun lalu. Mereka yang lain termasuk Sergio Ramos, Rafael Varane, Gareth Bale, Isco, Marcelo, dan Casemiro.

Justeru kelab tersebut kini kelihatan amat berbeza.

Pemindahan tidak berhenti di situ.

Difahamkan seorang lagi pemain Real, Luka Modric, dilaporkan mendapat tawaran untuk ke Arab Saudi juga pada musim panas akan datang, sementara Marco Asenio dijadualkan menyertai PSG dan Toni Kroos pula lebih selesa bermain di bahagian midfield.

Kini wajah-wajah baru pasukan itu termasuklah Vinicius, Rodrygo, Fede Valverde dan Eduardo Camavinga, yang dalam lingkungan usia awal 20-an tahun dan akan disertai jua pemain yang akan gantikan Benzema.

Kesemua pemain itu dikatakan berbakat dan akan menjadi tunggak pasukan itu untuk tempoh yang lama. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >