Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN BOLA SEPAK AFF WANITA

Cabaran besar nanti wanita SG di medan AFF

Pasukan akhiri persiapan dengan dua kekalahan kepada Hong Kong dalam perlawanan ujian; Australia dan Thai antara lawan menanti di kejohanan serantau bermula minggu depan
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



CABARAN besar menanti pasukan bola sepak wanita negara di peringkat kumpulan Kejohanan Wanita Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF).



Ditempatkan dalam Kumpulan A, pasukan itu perlu mengharungi siri perlawanan sukar menentang juara 2008, Australia; juara empat kali Thailand, serta Indonesia, Filipina dan Malaysia.



Kesemua pasukan ini menduduki ranking dunia lebih tinggi berbanding Singapura, yang menduduki ranking ke-132 di dunia, mendorong jurulatih Stephen Ng untuk bereksperimen bagi mencari susunan pasukan paling kukuh dalam dua perlawanan persahabatan dengan Hong Kong baru-baru ini.



Dalam perlawanan pertama dengan Hong Kong, anak didik Ng tumpas 0-4, dengan Ng menurunkan barisan pertahanan 'yang selamat' - dibentuk tiga pemain tengah dan dua pemain bek.



Dalam perlawanan kedua kelmarin, Ng membuat enam perubahan, yang berjaya memperkukuh pasukan, walaupun Singapura tewas 0-1.



Namun, Singa wanita negara masih perlu bangkit dengan pantas menjelang kejohanan AFF bermula minggu depan di Filipina kerana keputusan itu tidak menunjukkan secara tepat urutan perlawanan yang dikuasai pasukan pelawat.



Malah, Hong Kong boleh meraih kemenangan lebih besar jika barisan pemain depannya tidak bersikap membazir dan mensesiakan beberapa peluang gol.



Bagaimanapun, Ng tetap memuji anak didiknya yang dikatanya beraksi lebih baik dalam perlawanan kedua dengan Hong Kong.



"Cara kami beraksi ini lebih baik dan kami lebih stabil berbanding perlawanan pertama. Kami memulakan perlawanan berbekal pelan yang jelas dan lebih penting lagi, pemain kami beraksi mengikut sistem yang memberi kami persiapan baik menjelang Kejohanan AFF," kata Ng kepada The Strait Times (ST).



Beliau akur, pasukannya perlu bangkit dan menggunakan pengalaman yang diraih dalam perlawanan dengan Hong Kong.



Beliau menambah:



"Tentunya ada banyak perkara yang boleh dipertingkat lagi... ini adalah satu perkara yang berterusan kerana pasukan-pasukan lain juga sedang berbuat demikian.



Pemain Singapura, Putri Nur Syaliza, berkata pengalaman beraksi menentang pemain dalam pasukan ranking lebih tinggi, serta pengalaman beraksi dalam Sukan SEA Hanoi telah menambah keyakinan diri pasukan.



Di Sukan SEA baru-baru ini, yang pertama kali disertai skuad bola sepak wanita negara sejak 2003, anak didik Ng mampu bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Laos (ranking ke-83); Myanmar (ranking ke-48); dan juara Sukan SEA lima kali, Thailand; untuk mengakhiri peringkat kumpulan di tangga ketiga Kumpulan B.



Puteri Syaliza, 18 tahun berkata:



"Ia adalah pengalaman baik bagi kami... beraksi menentang pasukan handal dan cabaran di hadapan (di kejohanan AFF nanti) apabila kami akan turun beraksi menentang pasukan lebih gagah seperti Australia, Filipina dan Thailand.



"Ia membantu meningkatkan keyakinan diri dan dengan sokongan penyokong, apabila bermain dengan pasukan dari Myanmar, Thailand dan Laos, ia tentu sekali membantu kami mempererat hubungan antara satu sama lain.



Putri, yang biasanya bermain di barisan depan, perlu menyesuaikan diri dengan posisi di bek sayap bagi kededua perlawanan dengan Hong Kong, tetapi berkata beliau sedia menghadapi cabaran ini.



Menambah, pemain itu berkata beliau bukan pemain bek kiri, tetapi pengalaman itu membantunya menambah tahap kecergasan sambil menaruh harapan ia dapat terus mempertingkat permainannya di masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >