NASIB undian meletakkan para pemain muda Singapura dalam kumpulan yang sukar.
Pasukan bimbingan V. Selvaraj diundi bersama-sama juara bertahan, Korea Utara; gergasi bola sepak serantau, Thailand; dan negara yang kian menunjukkan peningkatan, Kemboja, bagi Kumpulan H Kelayakan Bawah 16 Tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang bermula di Stadium Jalan Besar esok.