Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Carlos Sainz dan Ferrari juara GP S’pura, akhiri rantaian kemenangan Red Bull

Sep 17, 2023 | 11:27 PM



Carlos Sainz berlumba dengan cemerlang di Litar Jalanan Marina Bay dan berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Singapura 2023 pada Ahad.

Kemenangan itu adalah yang pertama baginya musim ini dan juga bagi pasukan Ferrari.

Ia juga sekali gus mengakhiri rantaian 14 kemenangan Grand Prix berturut-turut yang diraih oleh Red Bull. Sebelum perlumbaan ini, Max Verstappen telah memenangi 10 perlumbaan berturut-turut.

Namun Verstappen, juara bertahan dan pendahulu ranking pemandu pada musim ini hanya mampu melintasi garisan penamat di tempat kelima. Bagaimanapun warga Belanda itu masih mendahului pesaing terdekat dan rakan sepasukan Sergio Perez dengan 151 mata di ranking, selepas Perez, juara bertahan di Singapura, hanya mampu menamatkan perlumbaan kali ini di tangga kelapan.

Malam yang hangat di Marina Bay namun milik warga Sepanyol Sainz, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama dan berjaya mengatasi saingan sengit untuk memelihara kedudukannya sepanjang 62 pusingan.

Beliau menamatkan perlumbaan dalam masa 1 jam 46 minit 37.418 saat (1:46:37.418).

Ini adalah kali kedua beliau menjuarai perlumbaan F1, selepas menang di Grand Prix Britain pada 2022.

Pemandu McLarren Lando Norris terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila beliau melintasi garisan penamat 0.812 saat di belakan Sains, sementara Lewis Hamilton, juara empat kali di Singapura, mendapat tempat ketiga di podium selepas menamatkan perlumbaan lebih sesaat lebih lewat daripada Sainz.(+1.269 saat).

Ketiadaan pemandu Red Bull di podium menjolok mata kerana pasukan itu telah ‘menyapu’ bersih dan menang semua 14 perlumbaan musim ini sebelum ke Singapura.

Ia juga mengakhiri hujung minggu ‘malang’ bagi Red Bull,

Kededua Verstappen dan Perez dilihat terkial-kial mengawal kenderaan masing-masing, dengan tayar kenderaan gagal mencengkam trek lumba Marina Bay seperti yang diingini.

Empat pemandu tidak menamatkan perlumbaan mereka di litar Marina Bay, yang sering disifatkan sebagai mencabar kerana treknya yang sempit dan banyak selokah tajam.

Tayar kereta Yuki Tsunoda dari AlphaTauri pancit pada pusingan kedua, manakala pemandu Alpine Esteban Ocon, yang menyambut hari lahirnya yang ke-27 pada Ahad, terpaksa berhenti berlumba pada pusingan ke-44 setelah enjin keretanya mati.

Pemandu Haas Valtteri Bottas bersara dari perlumbaan pada pusingan ke-56 akibat masalah gear.

Malang tidak berbau untuk George Russell dari Mercedes, yang memulakan perlumbaan dari petak kedua dan dijangka meraih tempat ketiga sehingga pusingan terakhir, apabila beliau keretanya terbabas dan melanggar pengadang jalan raya.

Sementara itu, Lance Stroll dari Aston Martin tidak memulakan perlumbaan Ahad malam. Warga Canada itu melanggar tembok di saat-saat akhir pusingan kelayakan pertama pada Sabtu. Beliau dilihat keluar dari keretanya tanpa memerlukan bantuan, tetapi pada Ahad petang, Aston Martin berkata Stroll tidak akan berlumba kerana “masih beransur pulih“.

Lebih 260,000 penonton menghadiri perlumbaan GP Singapura 2023 di Marina Bay, mengatasi jangkaan awal penganjur.

Keputusan perlumbaan Grand Prix F1 Singapura 2023



1. Carlos Sainz (Ferrari)

2. Lando Norris (McLaren)

3. Lewis Hamilton (Mercedes)

4. Charles Leclerc (Ferrari)

5. Max Verstappen (Red Bull)

6. Pierre Gasly (Alpine)

7. Oscar Piastri (Mclaren)

8. Sergio Perez (Red Bull)

9. Liam Lawson (AlphaTauri)

10. Kevin Magnussen (Haas)

11. Alexander Albon (Williams)

12. Zhou Guanyu (Alfa Romeo)

13. Nico Hülkenberg (Haas)

14. Logan Sargeant (Williams)

15. Fernando Alonso (Aston Martin)

16. George Russell (Mercedes)

17. Valtteri Bottas (Alfa Romeo)

18. Esteban Ocon (Alpine)

19. Yuki Tsunoda (AlphaTauri)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >