LONDON: Pendahulu Liga Perdana England (EPL), Chelsea, muncul dengan pembelian terbesar di hari terakhir tempoh pemindahan pemain yang agak 'senyap' dengan mendapatkan bintang sayap Colombia, Juan Cuadrado, daripada kelab Serie A Italy, Fiorentina, kelmarin.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, yang dikatakan mahu membawa Cuadrado ke Stamford Bridge sejak beberapa minggu lalu akhirnya memperolehi sasarannya itu dengan pemain terbarunya itu mengisi tempat pemain sayap Jerman, Andre Schuerrle, yang berpindah ke Bundesliga bersama Wolfsburg.