Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea cicir mata selepas hanya mampu seri dengan Everton

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel mengakui penularan Covid-19 memberi kesan kepada misi Chelsea kendaliannya memburu gelaran Liga Perdana England selepas Everton mengikat mereka 1-1 kelmarin.



Skuad kendalian Tuchel turun tanpa Romelu Lukaku, Timo Werner dan Callum Hudson-Odoi selepas Covid-19 kembali menghimpit Liga Perdana Inggeris.



Ben Chilwell, yang direhatkan akibat kecederaan, turut diuji positif, manakala Kai Havertz tidak dapat beraksi kerana kurang sihat sebelum perlawanan.



The Blues sudah kehilangan Mateo Kovacic yang masih dalam proses pemulihan selepas dijangkiti virus berkenaan awal bulan ini.



Walaupun tanpa ramai tonggak utama, Chelsea akhirnya berjaya menembusi gawang Everton di babak kedua menerusi Mason Mount.



Chelsea bagaimanapun dihukum oleh pertahanan remaja Jarrad Branthwaite yang meledak gol Everton pertamanya 16 minit sebelum tamat aksi di Stamford Bridge.



"Sukar untuk menerima hakikatnya. Kami terlepas peluang keemasan di babak pertama dan kami gagal menemui rentak di babak kedua.



"Faktor utama tentunya peluang yang gagal dimanfaatkan. Kami sepatutnya mendahului selesa tetapi bermain dengan risiko.



"Kami tidak mempunyai sesiapa di bangku simpanan. Kami memasukkan pemain terakhir yang ada dan kehilangan tonggak utama serta kualiti," kata Tuchel.



Selepas menerajui liga untuk beberapa minggu, Chelsea kini di tangga ketiga dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Manchester City serta tiga di belakang Liverpool.



Dalam pada itu, Liverpool meneruskan pemburuan gelaran Liga Perdana dengan menewaskan Newcastle United 3-1 yang dihangatkan dengan gol menarik Trent Alexander-Arnold.



The Reds turun tanpa Virgil van Dijk dan Fabinho yang positif COVID-19, dan dikejutkan dengan jaringan Jonjo Shelvey hanya selepas tujuh minit permainan bermula.



Bagaimanapun jaringan bekas pemain Liverpool itu diimbangi oleh Diogo Jota dan Mohamed Salah meletakkan pasukannya di depan sebelum rehat.



Rembatan padu Alexander-Arnold empat minit sebelum tamat permainan melengkapkan kemenangan kelapan berturut-turut anak buah Juergen Klopp yang kini hanya satu mata di belakang pendahulu Manchester City.



"Jaringan yang menakjubkan! Pemain ini berada di peringkat lain dalam teknik jaringan," kata Klopp berkenaan gol dijaringkan Alexander-Arnold.



Sebelum perlawanan mula, Klopp menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkaitan vaksinasi dan segera mendapatkan suntikan berkenaan.



Curtis Jones juga tidak menyertai skuad The Reds kali ini akibat positif Covid-19. Klopp mengesahkan skuadnya sudah divaksin sepenuhnya dan tiada pemain lain dijangkiti.



Ketika jumlah kes Covid-19 kembali melonjak di England, timbul kerisauan yang liga mungkin terpaksa dihentikan sekali lagi selepas 10 perlawanan Liga Perdana England ditunda setakat ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >