Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Chelsea dan Liverpool seri; laluan juarai liga semakin sukar

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk meraih satu mata selepas seri 2-2 menentang Liverpool awal pagi semalam sekali gus kedua-dua pasukan semakin sukar mengejar pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City.



City selesa 10 mata di hadapan Chelsea manakala Liverpool satu mata di belakang The Blues namun berkelebihan satu perlawanan.



Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan tiga pemain utama lain tidak berada di Stamford Bridge akibat dijangkiti Covid-19 namun Reds masih mampu mendahului dua gol menerusi Sadio Mane dan Mohamed Salah sebelum kedua-dua pemain berlepas untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika.



Jurulatih Chelsea Thomas Tuchel tidak menyenaraikan bintang termahal mereka, Romelu Lukaku selepas penyerang Belgium itu tidak puas hati susulan kerap disisihkan oleh pengendali Jerman itu sejak akhir-akhir ini.



Namun, Blues masih tetap menyengat untuk kembali bangkit sebelum rehat menerusi jaringan Mateo Kovacic dan Christian Pulisic.



Chelsea kini hanya meraih satu mata daripada lima aksi terakhir liga manakala Liverpool mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan terakhir. Inu sekali gus mencerahkan peluang City menjulang kejuaraan buat kali keempat dalam lima musim.



"Kami terlalu banyak seri di tempat sendiri," kata Tuchel selepas pasukannya seri kali kelima dalam enam perlawanan di Stamford Bridge.



"Tidak perlu menoleh ke belakang, kami perlu fokus hari ini dan belajar apa yang boleh dilakukan untuk esok. Keputusan lebih positif jika kami beraksi dengan tenaga dan kualiti seperti ini."



Bagaimanapun, Tuchel percaya penyerang Liverpool, Mane, seharusnya dilayangkan kad merah selepas mengasari Cesar Azpilicueta ketika kedua-dua pemain cuba menanduk bola.



Tuchel yang berang kerana pengadil hanya memberikan kad kuning berkata: "Saya tidak menyokong dengan keputusan kad merah awal yang diberikan pada awal perlawanan.



"Saya tidak suka mengatakannya kerana saya suka Mane dan beliau seorang yang baik dan pemain terbaik, tetapi kesalahannya itu adalah kad merah. Siku terkena muka, tidak kira jika anda melakukan ini selepas 20 saat atau 20 minit merupakan kesalahan kad merah."



Liverpool beraksi tanpa penjaga gol Alisson Becker, Joel Matip dan Roberto Firmino akibat jangkitan Covid-19 namun penggantinya, Caoimhin Kelleher, tangkas mengawal gawang sepanjang babak kedua.



Keputusan seri disambut gembira oleh City yang menewaskan pasukan di tangga keempat Arsenal 2-1 kelmarin.



"Jurang kini semakin meluas, jadi gelaran mungkin milik mereka. Bagaimanapun, kami tidak akan mudah menyerah kalah," kata pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.



Sementara itu, pengurus Everton, Rafa Benitez, meminta pasukannya melihat kembali kesilapan pertahanan selepas tewas 3-2 kepada Brighton & Hove Albion di padang sendiri.



Pemain Brighton, Alexis Mac Allister, menjaringkan dua gol ketika pasukan pelawat meraikan kemenangan pertama di Goodison Park manakala Everton mengalami kekalahan kelapan dalam 12 aksi liga.



Kelab dari Merseyside itu disambut dengan ejekan daripada penyokong selepas kekalahan, kekal di tangga ke-15 dengan 19 mata daripada 18 perlawanan.



"Cara kami melepaskan gol menjadikan ia begitu sukar buat kami," kata Benitez kepada BBC.



"Kemudian, pasukan terlepas menyempurnakan penalti dan ia menjadi lebih sukar untuk keyakinan pemain. Mereka membalasnya tetapi ia menjadi sukar selepas berlaku kesilapan seperti kami lakukan." - Reuters, AFP




"Saya tidak menyokong dengan keputusan kad merah awal yang diberikan pada awal perlawanan. Saya tidak suka mengatakannya kerana saya suka Mane dan beliau seorang yang baik dan pemain terbaik, tetapi kesalahannya itu adalah kad merah. Siku terkena muka, tidak kira jika anda melakukan ini selepas 20 saat atau 20 minit merupakan kesalahan kad merah."
- Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >