Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea dilanda krisis – adakah masa kian suntuk bagi Pochettino?

Sep 26, 2023 | 01:55 PM



LONDON: Mauricio Pochettino merayu agar diberi lebih banyak masa bagi mencari huraian terhadap krisis yang kian mencengkam pasukan pimpinannya, Chelsea.


Tetapi sejauh manakah pemilik kelab sanggup bersabar?

Pasukan bergelar The Blues itu, juara Eropah hanya tiga musim lalu, berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana England (EPL) – hanya empat mata di atas zon relegasi – selepas mencatatkan hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan pertama musim baru ini.


Kegagalan terbaru mereka – kalah 0-1 di tangan Aston Villa pada Ahad, dengan Ollie Watkins menjaringkan gol kemenangan selepas pemain pertahanan Chelsea, Malo Gusto, dibuang padang.

Musim lalu, Chelsea mengumpul mata terendah dalam era Liga Perdana dan permulaan musim ini malah lebih mengecewakan.

“Beri saya masa,” rayu Pochettino selepas perlawanan, meminta pemilik kelab dari Amerika Syarikat menyokongnya.

“Mereka (pemilik) kecewa, mereka tiba di kelab dan begitu teruja untuk membina projek. Sudah tentu mereka berasa kecewa tetapi, pada masa yang sama, mereka perlu menyokong rancangan ini.”

Pochettino disahkan sebagai pengurus baru bagi mengisi ‘kerusi panas’ Stamford Bridge pada Mei – menjadi bos tetap ketiga sejak konsortium diketuai Todd Boehly membeli kelab London itu daripada Roman Abramovich pada 2022.

Chelsea memuji pengurus asal Argentina itu sebagai “jurulatih yang berjaya dan telah bekerja di tahap tertinggi”.

Boehly menyokong pengurusnya dengan membiayai satu lagi perbelanjaan besar semasa jendela perpindahan musim panas, mengeluarkan belanja lebih £1 bilion ($1.67 bilion) mendapatkan pemain baru dalam masa sekitar setahun.

Tetapi pulangan ke atas pelaburan mereka amat menyedihkan semasa tempoh pergolakan di dalam dan di luar padang.

Chelsea hanya menjaring lima gol dalam enam perlawanan liga pertama mereka – tiga daripadanya menerusi kemenangan 3-0 menentang Luton Town yang baru naik menyertai Liga Perdana. Mereka gagal menjaringkan gol dalam 13 perlawanan Liga Perdana pada 2023.

Pochettino yang jelas kecewa selepas kekalahan terbaru di tangan Villa, berkata satu-satunya perkara yang hilang ialah sentuhan gol.

“Kami perlu sedar tentang apa yang sedang berlaku tetapi kami perlu tenang kerana pasukan masih mencipta (peluang jaringan), pasukan masih beraksi dan terus berjuang dalam setiap perlawanan,” katanya.

Pochettino boleh menunjukkan senarai kecederaan yang panjang sebagai sebahagian penjelasan bagi serangan tumpul Chelsea.

Beliau kehilangan penyerang Perancis, Christopher Nkunku, akibat kecederaan lutut yang serius dalam perlawanan persahabatan pramusim, tetapi yang lain termasuk Mykhailo Mudryk, Nicolas Jackson, Raheem Sterling dan Cole Palmer gagal menyinar setiap kali diturunkan.

Bekas bos Tottenham Hotspur dan Paris Saint-Germain itu harus sedari bahawa Chelsea bukanlah kelab yang boleh bersabar – budaya membeli dan memecat semasa era Abramovich berterusan di bawah kepimpinan Boehly.

Chelsea memecat Thomas Tuchel pada minggu-minggu awal musim lalu, dan Graham Potter mengalami nasib yang sama pada April, dipecat hanya selepas kurang tujuh bulan ketika kelab itu berada di tangga ke-11.

Mungkinkah Pochettino akan mengalami nasib serupa? – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >