Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Newcastle berpesta gol, Chelsea terus merosot

Kemenangan 8-0 pasukan Eddie Howe buat Sheffield tersungkur di tangga paling bawah EPL
Sep 25, 2023 | 01:10 PM



SHEFFIELD: Newcastle United membaham Sheffield United 8-0 di Bramall Lane pada awal Isnin, sekali gus membuat tuan rumah tersungkur di tangga paling bawah Liga Perdana England (EPL).


Ia merupakan kemenangan terbesar Newcastle dan kekalahan paling buruk Sheffield.

Pasukan bimbingan Eddie Howe menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana yang mempunyai lapan penjaring gol berbeza dalam satu perlawanan, dan mereka naik ke tangga kelapan EPL dengan kemenangan itu

Newcastle tidak menunjukkan keletihan walaupun bermain dalam perlawanan Liga Juara-Juara pertama mereka dalam 20 tahun pada pertengahan minggu – seri di AC Milan – dan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh kedua, mereka meningkatkan prestasi mereka untuk mencapai kemenangan sangat berangsangkan itu.

The Blades bermula dengan positif untuk memberi penyokong mereka keyakinan, tetapi Newcaslte mendahului melalui hantaran Anthony Gordon yang dimanfaatkan Sean Longstaff untuk menjaringkan gol.

Newcastle menggandakan jaringan mereka pada minit ke-30, apabila Dan Burn menandukkan hantaran Kieran Trippier walaupun bajunya ditarik oleh pemain Sheffield.

Empat minit kemudian, hantaran Tripper menghasilkan gol sekali lagi, apabila tendangan percumanya ditanduk oleh Sven Botman ke dalam gawang.

Trippier mendapat ‘assist’ ketiganya dalam perlawanan itu apabila beliau menemui ruang di sayap kanan dan mengumpan bola kepada Callum Wilson, yang berjaya menanduk masuk dari jarak dekat.

Gordon menjaringkan gol kelima Newcastle dari luar kotak penalti, membuat sebahagian penyokong The Blades mula meninggalkan perlawanan itu pada minit ke-60.

Miguel Almiron pula menjaringkan gol keenam mereka dengan bantuan Bruno Guimaraes.

Guimaraes kemudian menjaringkan gol apabila bola jatuh dekat dengannya dalam kotak lawan, dan Alexander Isak melengkapkan kekalahan Sheffield dengan satu jaringan lewat.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan EPL, Arsenal dan Tottenham Hotspur seri 2-2.

Arsenal mendahului dua kali, melalui jaringan gol sendiri Cristian Romero pada minit ke-26 dan sepakan penalti Bukayo Saka pada awal separuh masa kedua.

Namun, Tottenham bimbingan Ange Postecoglou memperoleh keputusan seri hasil dua jaringan Son Heung-min.

Liverpool pula mengekalkan kebangkitan mereka dengan menduduki tangga kedua EPL selepas kemenangan 3-1 ke atas West Ham United.

West Ham bermula dengan baik tetapi tidak memanfaatkan peluang jaringan dan dihukum oleh sepakan penalti Mohamad Salah apabila beliau dikasari oleh Nayef Aguerd pada minit ke-15.

Prestasi teruk Chelsea berterusan apabila mereka ditewaskan Aston Villa 1-0.

Penyokong Chelsea mencemuh pasukan mereka sendiri di Stamford Bridge setelah Ollie Watkins menjaringkan gol tunggal perlawanan itu.

Brighton and Hove Albion pula mengetepikan kekecewaan pertengahan minggu yang dialami selepas tewas dalam perlawanan Eropah pertama dengan mara ke tangga ketiga EPL dengan kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >