Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Chelsea jumpa Man City di final Liga Juara-Juara

May 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea akan bertemu Manchester City dalam final Liga Juara-Juara Eropah di Istanbul, Turkey, selepas ia menewaskan Real Madrid di Stamford Bridge.



Chelsea muncul sebagai pemenang yang paling layak dalam separuh akhir dua perlawanan untuk memastikan trofi kembali ke England pada 29 Mei nanti.



Pasukan yang dipimpin Thomas Tuchel itu telah menunjukkan kebangkitan yang menjolok mata sejak warga Jerman itu menyertai kelab tersebut, tetapi ia terpaksa berterima kasih kepada penjaga gawang Edouard Mendy yang menyelamatkan dua percubaan bahawa oleh Karim Benzema.



Namun, Timo Werner menjaringkan gol pertama permainan dengan tandukan mudah pada minit ke-28 selepas percubaan Kai Havertz melantung dari palang gol, membuka peluang bagi Chelsea menguasai permainan selepas itu.



Namun ia gagal menjaring gol kedua sehingga lewat perlawanan, apabila Mason Mount mengawal hantaran Christian Pulisic untuk menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-85.



Sebelum itu, N'golo Kante - yang bermain dengan hebat di tengah padang - serta Harvetz mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol, dengan bekas penjaga gawang Chelsea Thibaut Courtois juga cekap mengawal gawangnya.



Ini adalah kali pertama Chelsea mara ke final Liga Juara-Juara sejak 2012.



Jika menang di Istanbul pada akhir bulan ini, kebangkitan Chelsea di bawah Tuchel pada musim ini menjadi lebih lengkap.



Beliau bukan sahaja membuktikan keputusan kelab untuk memecat bekas pemain bertaraf legenda Frank Lampard sebagai pengurus dan memberinya jawatan itu sebagai keputusan yang bijak, malah memberinya peluang menebus kekecewaan tewas bersama Paris St-Germain kepada Bayern Munich di final Liga Juara-Juara 2020.



Kemenangan Chelsea itu menunjukkan ia berada dalam form yang hebat pada masa ini dengan caranya menguasai permainan mirip cara City menundukkan PSG dalam separuh akhir lebih awal.



Namun Chelsea melangkah ke final sebagai pilihan kedua untuk menang, walaupun ia masih mampu mengancam City dan merangkul trofi di akhir perlawanan.



Selepas perlawanan, Tuchel berkata:



"Kami layak menang kerana kami berjaya bertahan dengan baik semasa Real menyerang dan melakukan serangan balas yang berkesan. Pemain kami tidak pernah berputus asa mencari gol dan tidak leka semasa bertahan.



"Ini adalah persembahan yang hebat kerana Real Madrid pasukan yang berbahaya... mereka boleh mencipta gol dalam apa juga keadaan."



Pengurus Real Zinedine Zidane akur dan berkata Chelsea pasukan lebih baik dalam perlawanan itu.



"Kami berjuang sepenuh hati tetapi mereka layak menang dan mara ke final.



Pemain kami yang diturunkan tidak berhenti berlari dan saya bangga dengan pencapaian mereka, melangkah sehingga separuh akhir pertandingan ini. Tapi kami tidak berjaya merintis peluang ketara bagi diri sendiri dan akhirnya tewas kerana pasukan lain merebut peluang untuk menjaringkan gol," kata Zidane.



"Tentunya kami kecewa, tapi ini adalah biasa selepas kami tewas di separuh akhir. Esok kami kembali ke padang latihan dan mengalihkan tumpuan kepada La Liga." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >