Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea kalah mengejut tapi Tuchel tiada rancangan perkuat pasukan

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, bertegas bahawa beliau tidak perlu mendapatkan pemain baru selepas pasukannya tumpas 0-3 kepada Leeds United dalam Liga Perdana England (EPL) hujung minggu lalu.



Malah, beliau berkata pasukan yang dimilikinya pada masa ini mampu memenangi perlawanan itu jika nasib menyebelahi mereka.



Sebelum ini, bos pasukan asal Jerman itu telah memberitahu media di Britain beliau ingin memperkukuh Chelsea dengan membeli seorang lagi pemain pertahanan dan seorang pemain penyerang, walaupun ia tidak terdesak untuk membeli sebarang pemain.



Tuchel telah mendapatkan pemain pertahanan lasak Kalidou Koulibaly dari Napoli, tetapi kehadirannya belum lagi dapat mengisi ruang yang dikosongkan sejak Antonio Rudiger dan Andreas Christensen meninggalkan Stamford Bridge.



"Tempoh pemindahan pemain masih terbuka... ia bak dibuka lebih lama dan walaupun selepas musim bermula.



"Tapi bagi kami, tumpuan harus diberikan kepada pemain yang kami ada dan mendapatkan prestasi terbaik daripada mereka," kata Tuchel.



Leeds menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit separuh masa pertama - melalui Brendan Aaronson dan Rodrigo Moreno - memberikan Chelsea tugas yang sukar untuk mengejar permainan.



Pasukan tuan rumah melebarkan jurang pada minit ke-69 melalui gol Jack Harrison dan harapan Chelsea untuk bangkit kian pudar apabila Koulibaly dilayang kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.



"Saya tetap yakin kami boleh menang dengan pasukan yang sama. Tapi kami kalah kerana kesalahan sendiri dan bukan kerana disebabkan cara pasukan lain beraksi," kata Tuchel.



Tuchel berkata beliau langsung tidak terkejut kerana pemain-pemainnya gagal mengulangi prestasi hebat yang ditunjukkan semasa seri 2-2 dengan musuh ketatnya dari London, Tottenham Hotspur, sebelum ini.



"Tiada apa yang terkejut... kami beraksi sebagaimana yang dikehendaki selama 20 minit tetapi menyusuli itu, kami melakukan perkara yang menyebabkan kami kehilangan kelebihan dan pilihan untuk mencipta lebih banyak peluang gol," kata Tuchel.



"Namun, bagi sepanjang perlawanan, kami tidak terlalu tertekan... pertarungan agak seimbang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >