Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea lebarkan jurang, Man United teruskan prestasi hebat untuk lenturkan City 4-2

Apr 13, 2015 | 09:06 AM



LONDON: Chelsea mengukuhkan lagi kedudukannya di takhta Liga Perdana England (EPL) manakala Manchester United mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit dan menewaskan jiran dan musuh ketat, Manchester City, di Old Trafford awal pagi tadi.


Gol minit-minit terakhir Cesc Fabregas menjamin kemenangan Chelsea ke atas Queens Park Ranger (QPR) di Loftus Road - yang melihat pasukan pimpinan Jose Mourinho kini tujuh mata di hadapan pasukan di tangga kedua, Arsenal. Chelsea turut memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing terdekatnya itu.


Enam gol pula mengiringi pertemuan 'derby Manchester' dengan Sergio Aguero membuka tirai jaringan bagi juara bertahan, City, sebelum United meledakkan kekuatan dengan empat gol jaringan Ashley Young, Marouane Fellaini, Juan Mata dan Chris Smalling.


Aguero menyumbatkan gol kedua City - yang juga gol ke-100 bagi kelabnya itu - pada minit ke-89 tetapi ia agak terlewat untuk meredakan tekanan ke atas pengurus pasukan, Manuel Pellegrini.


Kemenangan itu menyaksikan United semakin kukuh di tangga ketiga - membuka jurang empat mata daripada City, di tangga keempat. Tiga pasukan teratas tidak perlu melalui perlawanan kelayakan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.


"Tiga mata bagi kami. Kami kini empat mata di hadapan pasukan di tangga keempat dan saya gembira sekali," ulas pengurus United, Louis van Gaal.


"Begitupun kami memulakan perlawanan dengan buruk sekali. Kami kelihatan gementar dan ia bukan seperti pasukan Manchester United yang saya kenali tetapi sebaik kami mendapatkan gol penyamaan, keyakinan kami mula meningkat," tambah pengurus asal Belanda itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >