Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea rayu kerajaan UK agar diizin terus jual tiket kepada penyokong

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea kelmarin memohon kerajaan Britain untuk membenarkan penjualan tiket meskipun di tengah-tengah pembekuan aset akibat sekatan yang dikenakan ke atas pemilik kelab dari Russia, Roman Abramovich.



Pihak berkuasa Britain telah meletakkan kelab Liga Perdana itu di bawah lesen khas selepas mengambil tindakan terhadap jutawan itu minggu lalu, sebagai sebahagian daripada langkah sekatan berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Lesen itu dibentuk untuk menghalang Chelsea dan pemiliknya, Abramovich - yang disifatkan oleh kerajaan Britain sebahagian daripada sekutu dalaman Presiden Russia Vladimir Putin - daripada menjana pendapatan baru.



Chelsea mengeluarkan kenyataan kelmarin menyatakan mereka mendesak para menteri bagi hak menjual tiket dan mengadakan mesyuarat harian untuk mendapatkan lesen mereka dipinda.



Kelab itu berkata Liga Perdana England dan Persatuan Bola Sepak (FA) juga telah membangkitkan "isu integriti sukan" berhubung larangan penjualan tiket.



Chelsea tidak boleh menjual tiket kepada penyokong yang ingin duduk di kawasan tuan rumah di laman mereka, kepada penyokong lawan yang melawat Stamford Bridge atau kepada peminat The Blues yang ingin menonton pasukan mereka apabila mereka bertandang ke padang lawan di bawah peraturan baru yang ketat.



"Kami sedang merayu kerajaan untuk membenarkan penyokong kami mendapat akses kepada tiket," kata kenyataan itu.



"Mesyuarat sedang diadakan setiap hari untuk mencari penyelesaian. Selain itu, Liga Perdana dan FA juga sedang berbincang dengan kerajaan mengenai isu integriti sukan yang dibangkitkan jika mereka tidak membenarkan peminat hadir.



"Kami sedar tahap kekecewaan tinggi yang dihadapi penyokong kami berhubung isu ini, dan kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyelesaikannya secepat mungkin."



Lesen kelab itu telah pun dipinda sejak ia pertama kali dikenakan sekatan, dengan had perbelanjaan hari perlawanan meningkat daripada £500,000 ($890,000) kepada £900,000.



Chelsea telah berkata mereka akan mendesak agar ia terus dipinda bagi membolehkan mereka beroperasi sehampir mungkin seperti biasa.



Isnin lalu, jurucakap bagi Perdana Menteri Boris Johnson menggesa penyokong Chelsea menghentikan laungan nama Abramovich semasa perlawanan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >