Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU CHELSEA LAWAN WEST HAM

Chelsea, West Ham harap dapat teruskan prestasi hebat

Dec 21, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea kembali beraksi awal pagi esok apabila mereka menyambut West Ham dalam saingan Liga Perdana England (EPL), dan pasukan kendalian Frank Lampard itu berharap dapat mengembalikan rentak kemenangan mereka.



Pasukan The Blues sebelum ini telah mensia-siakan dua peluang untuk melonjak ke tangga teratas liga.



Mereka telah membuat perjalanan ke Goodison Park minggu lalu dan kemenangan akan meletakkan mereka di tangga teratas liga, mengatasi Liverpool dan Tottenham Hotspur.



Bagaimanapun, jaringan penalti Gylfi Sigurdsson pada separuh masa pertama memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah.



Keputusan tersebut turut menyaksikan Chelsea mengalami kekalahan kedua mereka, selepas tewas 2-0 di tangan Liverpool.



Namun begitu, kekalahan tersebut tidak terlalu parah buat Chelsea, dengan kedua-dua Liverpool dan Spurs juga gagal mendapatkan tiga mata penuh ketika masing-masing hanya mampu meraih keputusan seri sewaktu perlawanan menentang Fulham dan Crystal Palace.



Baru-baru ini, pasukan The Blues itu juga mempunyai satu lagi peluang untuk mendahului liga apabila mereka berdepan Wolverhampton.



Sekali lagi, persembahan mereka mengecewakan dan tumpas 2-1 di Midlands.



Walaupun Olivier Giroud berjaya membuka tirai jaringan, gol daripada Daniel Podence and Pedro Neto menyaksikan Wolves bangkit untuk memastikan pasukan Lampard tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.



Dengan kemenangan Manchester United ke atas Sheffield United Jumaat lalu, Chelsea kini menduduki tangga ketujuh dengan 22 mata.



Sebelum perlawanan esok, pemain pasukan itu diberikan masa rehat selama enam hari.



Bersama Wolves - yang juga akan bersaing awal pagi esok - ia merupakan tempoh rehat terpanjang yang diberikan kepada kelab EPL.



Memandangkan tempoh perayaan semakin hampir, waktu rehat selama enam hari yang diberikan merupakan satu kelebihan bagi Chelsea yang mahu kembali ke landasan kemenangan.



Lampard sebelum ini pernah akui bahawa skuadnya berasa amat letih selepas perlu mengharungi beberapa perlawanan berturut-turut.



"Mungkin terdapat sedikit keletihan," kata Lampard selepas perlawanan menentang Wolves.



"Saya tidak suka memberi alasan ini selepas kekalahan kerana ia mungkin dilihat sebagai satu alasan.



"Kami terpaksa membuat perjalanan jauh ke Everton, pulang semula ke London dan kemudian mengunjung ke Wolves pula... namun setiap pasukan juga berada dalam keadaan yang sama seperti kami."



Pemain tengah Chelsea, N'golo Kante, telah memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa mereka tidak mampu berasa kecewa dengan persembahan mereka yang lalu.



Beliau berkata mereka perlu mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum membuat persediaan menentang West Ham.



Bercakap kepada laman rasmi kelab tersebut, Kante berkata:



"Apa yang terjadi pada dua perlawanan terakhir bukanlah keputusan yang kami semua inginkan.



"Kami perlu kembali ke jalan kemenangan dengan segera dengan mendapatkan rehat yang cukup dan kemudian bersedia untuk perlawanan menentang West Ham.



"Memang benar kami kecewa, lebih-lebih lagi apabila tewas dua perlawanan berturut-turut.



"Selepas tewas di tangan Everton, kami ingin bangkit mendapatkan kemenangan, namun sekali lagi gagal menunjukkan persembahan yang baik di Wolves.



"Ia benar-benar satu kekecewaan besar bagi kami."



Kante, 29 tahun, menjadi pemain yang sentiasa ditampilkan dalam kesebelasan utama Chelsea sejauh ini. Beliau telah mencipta satu 'assist' dalam 13 perlawanan EPL untuk pasukan barat London itu.



Sementara itu, pasukan The Hammers pula telah membuat permulaan yang baik untuk kempen EPL mereka musim ini.



Mereka kini mengekori Chelsea di tangga kelapan dengan satu mata memisahkan mereka selepas 13 perlawanan.



Kemenangan ke atas seteru mereka dari London itu bakal menyaksikan mereka melonjak ke atas untuk peluang beraksi di kejuaraan Eropah musim depan.



Keadaan kini bertambah lebih baik di Stadium London dengan David Moyes dikatakan berjaya mengubah budaya di kelab itu.



Bekas pengurus, Harry Redknapp memberi sokongan beliau terhadap kelab lamanya itu sambil mengatakan mereka mempunyai peluang untuk menamatkan musim sebagai antara 10 pasukan teratas.



"Pada permulaan musim ini, ramai yang berkata bahawa jika mereka berjaya mendapatkan tempat 10 pasukan teratas, ia merupakan satu pencapaian yang hebat.



"David telah melakukan usaha yang baik dengan kelab ini.



"Saya pasti mereka dapat kekal sebagai 10 pasukan teratas liga tahun ini. Jika mereka mampu mendapatkan tempat enam pasukan terbaik, ia menjadi satu bonus besar buat mereka," ujarnya. - Agensi berita




"Apa yang terjadi pada dua perlawanan terakhir bukanlah keputusan yang kami semua inginkan.

Kami perlu kembali ke jalan kemenangan dengan segera dengan mendapatkan rehat yang cukup dan kemudian bersedia untuk perlawanan menentang West Ham."

- N'golo Kante, Pemain tengah Chelsea.




 "Pada permulaan musim ini, ramai yang berkata bahawa jika mereka berjaya mendapatkan tempat 10 pasukan teratas, ia merupakan satu pencapaian yang hebat.

"David telah melakukan usaha yang baik dengan kelab ini.

"Saya pasti mereka dapat kekal sebagai 10 pasukan teratas liga tahun ini. Jika mereka mampu mendapatkan tempat enam pasukan terbaik, ia menjadi satu bonus besar buat mereka."

- Harry Redknapp, bekas pengurus West Ham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >