GEORGETOWN (Pulau Pinang): Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, memberi bayangan kemungkinan menangguhkan persaraan, sekurang-kurangnya sehingga Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Lee berkata ketika ini beliau hanya ingin memberi tumpuan kepada beberapa kejohanan terbuka tertentu, namun perkara itu (masa depannya) masih belum dibincangkan secara mendalam.