Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Christiano Ronaldo terbaik di dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Christiano Ronaldo terbaik di dunia

AFP
Jan 14, 2014 | 12:51 PM

ZURICH (SWITZERLAND): Cristiano Ronaldo kini bergelar pemain bola sepak terbaik dunia, setelah beliau menewaskan Franck Ribery (Bayern Munich) dan Lionel Messi (Barcelona) - sekaligus menamatkan rangkaian kemenangan pemain Argentina itu selama empat tahun berturut-turut .

Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid itu menitiskan air mata apabila diumumkan pemenang anugerah Ballon d'Or FIFA 2013, dengan kutipan 27.99 peratus undi, mendahului Messi (24.72 peratus) dan Ribery (23.36 peratus).

Ronaldo, 28 tahun menjaringkan 66 gol dalam 56 perlawanan tahun lalu, lebih daripada jaringan gol bersama Messi dan Ribery - 65 gol dalam 2013.

"Memang saya tahu saya layak menerima anugerah ini. Messi dan Ribery begitu juga.

Setiap kali memenanginya adalah berbeza... tetapi kemenangan ini lebih bererti kerana saya disertai ibu dan anak lelaki saya," kata Ronaldo dalam ucapannya.

Beliau pernah memenangi anugerah ini pada 2008.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3