Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

City belasah Sporting, gol Mbappe bantu PSG kecewakan Madrid

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



LISBON: Manchester City tidak ada masalah membelasah kelab dari Portugal, Sporting Lisbon 5-0, dengan Bernardo Silva menjaringkan dua gol bagi memastikan skuad kendalian Pep Guardiola mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.



Juara England itu begitu hebat membolosi gawang tuan di Stadium Jose Alvalade Stadium dan mengawal perlawanan dengan baik pada separuh masa pertama.



Riyad Mahrez membuka jaringan selepas tujuh minit perlawanan bermula dengan gol pertama itu yang pada mulanya dibatalkan namun disahkan selepas pemeriksaan keputusan penolong pengadil maya (VAR) sebelum Silva menjaringkan gol kedua yang menakjubkan hasil sepakan voli pada minit ke-17.



Mahrez kemudian membantu Phil Foden menjaringkan gol dan Silva sekali lagi berjaya merembat masuk gol keempat City menjadikan kedudukan 4-0 sebelum babak pertama berakhir.



Silva terus mengancam apabila bekas pemain Benfica itu berjaya menembusi gawang gol namun dibatalkan kerana ofsaid dan Raheem Sterling kemudiannya menjadikan kedudukan 5-0 hasil sepakan lencong pada minit ke-58.



City boleh menajringkan lebih banyak gol untuk membuktikan mereka sudah bersedia mencatat keputusan lebih baik dari musim lalu apabila tewas kepada Chelsea di perlawanan final.



"Ia satu persembahan yang sangat cemerlang. Saya fikir pada separuh masa pertama kami tidak cukup bagus untuk mendahului 4-0.



"Saya orang Portugal, saya dari bandar seberang. Ibu saya Sporting, ayah saya Benfica. Amat istimewa menjaringkan gol di sini di kampung halaman saya. Saya masih mempunyai tugas untuk dilakukan di Manchester," kata Silva.Sporting berusaha memberi tentangan kepada pendahulu Liga Perdana England itu namun mereka kehilangan rentak sehingga gagal mengekang asakan daripada City.




 







DALAM perlawanan lain, Kylian Mbappe menjaringkan gol pada minit keempat masa kecederaan untuk memberikan kemenangan berharga 1-0 Paris Saint-Germain mengatasi Real Madrid pada aksi pusingan pertama peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.



 



Ia kelihatan sukar bagi Real untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata selepas mengharungi serangan bertali arus pada separuh masa pertama dari PSG.



PSG dihadiahkan sepakan penalti namun percubaan Lionel Messi itu diselamatkan oleh Thibaut Courtois satu jam selepas perlawanan berlangsung di Parc des Princes.



Namun pada minit terakhir masa kecederaan, gol dari Mbappe berjaya lolos masuk ke sebelah kiri gawang mengatasi dua pemain pertahanan dan menewaskan Courtois untuk gol ke-22 musim ini.



"Saya mendapat sedikit ruang dan kemudiannya satu lawan dua di dalam petak penalti dan bila dalam petak penyerang sentiasa mengawal.



"Pemain pertahanan kembali mengawal dan saya yang putuskan ke mana saya mahu pergi dan kemudiannya saya berjaya menembusi kawalan Courtois," kata Mbappe.



Beliau dikatakan akan berpindah ke Madrid apabila kontraknya di Paris tamat penghujung musim dan gol dari Mbappe itu memberi kelebihan buat kelabnya sebagai bekalan ke Santiago Bernabeu 9 Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >