Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

City hambar, Guardiola tekad bangkit

Nov 6, 2024 | 3:12 PM
Kekalahan 4-1 Manchester City kepada Sporting Lisbon merupakan kekalahan ketiga berturut-turut City untuk musim ini. Pengurus City, Pep Guardiola, akui bahawa prestasi pasukannya tidak memuaskan dan berazam untuk bangkit.
Kekalahan 4-1 Manchester City kepada Sporting Lisbon merupakan kekalahan ketiga berturut-turut City untuk musim ini. Pengurus City, Pep Guardiola, akui bahawa prestasi pasukannya tidak memuaskan dan berazam untuk bangkit. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, tekad untuk bangkit berjuang ketika beliau memikirkan rentetan keputusan terburuk pasukannya sejak 2018.

Sporting Lisbon menewaskan City 4-1 semasa perlawanan Liga Juara-Juara pada 6 November dan ia merupakan kekalahan ketiga City berturut-turut.

Hanya sekali sepanjang tempoh bimbingan Guardiola menyaksikan City kecundang tiga kali berturut-turut dalam satu musim.

Namun, beliau tidak akan mengaku kalah daripada cabaran itu.

“Kami tahu sejak musim ini bermula, ia adalah musim yang sukar,” kata Guardiola.

“Saya suka hadapi cabaran... saya mahu hadapinya dan pertingkat pasukan kami,” tambah beliau.

Ada dalam kalangan peminat bola sepak bersimpati dengan City akibat masalah kecederaan pemain yang dialami.

Keputusan Guardiola untuk memberikan permulaan pertama kepada kapten pasukan belia City, Jahmai Simpson-Pusey, menyerlahkan masalah yang dihadapi barisan pertahanan City.

Kededua tonggak, John Stones dan Ruben Dias, tidak dapat diturunkan manakala Nathan Ake kekal sebagai pemain gantian untuk keseluruhan perlawanan tersebut.

Rico Lewis bermain di bek kanan, menggantikan Kyle Walker, dan Kevin de Bruyne hanya bermain untuk enam minit terakhir perlawanan.

Pemain tengah City pula, Rodri, pula terkeluar untuk baki musim ini juga gara-gara kecederaan.

“Saya perlu cari penyelesaiannya... tetapi inilah lumrah dunia bola sepak dan kami harus menerimanya,” kata Guardiola.

“Inilah sukan... inilah hidup... adakalanya kami gagal beraksi dengan baik dan kami harus menghadapi kenyataan ini,” tambah beliau.

City seterusnya akan berdepan dengan Brighton dalam Liga Perdana England (EPL) pada 10 November. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg