Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City mara dengan kemenangan besar

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City akan berdepan pasukan Championship Sheffield United dalam separuh akhir Piala FA, manakala Brighton bertemu Manchester United.



City melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 6-0 ke atas Burnley pada Sabtu. Bintang penyerang City Erling Haaland menjaringkan hatrik keduanya dalam lima hari dalam kemenangan ke atas The Clarets itu



Sheffield menewaskan Blackburn 3-2 pada Ahad, sementara Brighton mengakhiri impian kelab Liga Dua Grimbsy akhir dengan kemenangan 5-0. Manchester United pula bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Fulham 3-1.



Ini akan menjadi separuh akhir Piala FA pertama Sheffield United sejak 2014. Pemain pinjaman tidak dibenarkan bermain menentang kelab induk mereka dalam Piala FA, bermakna dua pemain Sheffield, Tommy Doyle dan Jamie McAtee, tidak akan dibenarkan bermain menentang pemenang pertandingan enam kali City.



Doyle menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang pasukan Championship Blackburn untuk menghantar Sheffield ke Wembley.



Kali terakhir Brighton mara ke separuh akhir Piala FA pada 2019, manakala Manchester United memenangi piala 12 kali.



Perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Stadium Wembley pada hujung minggu 22-23 April. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >