Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

City sebelah kaki ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pep Guardiola berkata beliau tidak dapat menahan emosi selepas melihat anak didiknya menjaringkan tiga gol tanpa berbalas untuk menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.



Manchester City menguasai sebahagian besar permainan di Stadium Etihad dan menyekat peluang jaringan bagi pasukan pelawat untuk menunjukkan kaliber dan form mereka di penghujung musim ini.



City pernah berada di kedudukan serupa dalam beberapa edisi Liga Juara-Juara lalu, tetapi musim ini, ketangkasan dan keyakinan pemainnya lebih menyerlah.



Bayern, yang kini sedang mendahului Bundesliga di Jerman, adalah lawan yang cukup tangkas dan mempunyai barisan pemain yang dianggap antara terhandal di Eropah.



Namun, pengurusnya, Thomas Tuchel tidak dapat mencari huraian bagi 'masalah' yang ditimbulkan oleh Guardiola dan anak didiknya.



Bayern kadang-kala mengancam untuk menembusi benteng City, tetapi gabungan kemahiran dan disiplin daripada seluruh pasukan bermakna semua asakan dapat dipatahkan.



Namun Guardiola berkata beliau perlukan lebih banyak masa untuk menenangkan fikirannya, semasa bercakap dengan media di akhir perlawanan.



"Dari sudut emosi, saya bak tidak terkawal.



"Saya bak telah menua 10 tahun sejak perlawanan ini bermula. Ia begitu mencabar dan ini bukan perlawanan yang selesa bagi kami," kata beliau.



"Kini, kami perlu berehat... pemain akan diberikan satu hari untuk berehat dan selepas itu, kami berhimpun untuk bersedia bertemu Leicester (dalam Liga Perdana England)."



City membuka tirai jaringan menerusi Rodri, yang menyepak bola cantik menggunakan kaki kidalnya pada minit ke-27, menyebabkan bola meluru masuk ke penjuru atas bahagian kiri gawang.



Bayern cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, dengan bekas pemain City, Leroy Sane hampir menemui sasaran.



Namun percubaannya di awal babak kedua berjaya diselamatkan Ederson.



Perlawanan kekal dengan hanya satu gol sehingga minit ke-70, apabila Bernardo Silva menanduk masuk gol kedua hasil hantaran Erling Haaland.



Menyusuli itu, Haaland menjaringkan gol ketiga pada mini ke-76, menyambar bola yang ditanduk kemas baginya oleh John Stones, dengan penjaga gawang Bayern, Yann Sommer tidak berdaya berbuat apa-apa.



Gol itu juga adalah yang ke-45 dijaringkan Haaland musim ini, menjadikannya penjaring gol terbanyak dalam semua pertandingan sejak EPL dimulakan tiga dekad lalu.



Beliau mengatasi rekod yang sebelum ini dimiliki oleh Ruud Van Nistelrooy dari Manchester United dan Mohamed Salah dari Liverpool.



Mengulas mengenai prestasi pasukannya, Guardiola berkata:



"Keputusan ini begitu hebat, tetapi saya tahu kami akan mendapat tentangan hebat apabila bertandang ke Bayern nanti," kata Guardiola, yang sebelum berpindah ke City, pernah memimpin pasukan itu dari 2013 hingga 2016.



Beliau memenangi tiga kejuaraan liga dan dua lagi piala domestik dalam tempoh itu.



Tuchel berkata cabaran besar - untuk menerbalikkan keputusan - menanti anak didiknya di Alliance Arena, tetapi mereka akan membuat persiapan secukupnya.



"Saya cuba tidak membenarkan pemain terlalu memberi tumpuan kepada jaringan. Bagi saya, ia bukan keputusan yang menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku dalam perlawanan.



"Kami beraksi dengan berani dan menunjukkan personaliti, tetapi ganjaran yang diharapkan tidak muncul. 3-0 adalah sukar untuk dikejar, tapi kami tidak akan berputus asa."



Dalam pada itu, Romelu Lukaku menjaringkan satu gol untuk membantu Inter Milan menewaskan Benfica 0-2 di Portugal.



Satu lagi gol dijaringkan oleh Nicolo Barella.



Kemenangan itu mencerah peluang bagi Inter melayakkan diri ke separuh akhir. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >