Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

City tidak boleh disentuh pasukan lain

Penguasaan juara liga empat kali berturut-turut jadi rutin di bawah Guardiola
May 20, 2024 | 4:14 PM
Kapten Manchester City, Kyle Walker (tiga dari kiri), bersama pasukannya menjulang piala Liga Perdana England (EPL) keempat mereka berturut-turut selepas mengalahkan West Ham United 3-1 pada 19 Mei.
Kapten Manchester City, Kyle Walker (tiga dari kiri), bersama pasukannya menjulang piala Liga Perdana England (EPL) keempat mereka berturut-turut selepas mengalahkan West Ham United 3-1 pada 19 Mei. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Penguasaan Manchester City ke atas bola sepak England sudah cukup diketahui hingga kemenangan Liga Perdana England (EPL) keempatnya berturut-turut seolah-olah bagai satu rutin.

City menghadapi perlawanan terakhir musim liga di tempat pertama sebanyak enam kali dalam tujuh musim, dengan memerlukan hanya kemenangan ke atas West Ham United untuk menjulang piala EPL sekali lagi.

Namun, pasukan Pep Guardiola sekali lagi membuktikan mereka tidak boleh disentuh pasukan lain dalam EPL.

Mereka menguasai perlawanan untuk mengalahkan West Ham 3-1 di Stadium Etihad dan menjadi pasukan pertama menjuarai EPL empat kali berturut-turut sejak pembentukan liga itu pada 1888.

City berada di hadapan pada minit kedua menerusi tendangan kaki kiri bintang England, Phil Foden, yang melepasi penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.

Gol kedua City, dan Foden, sebelum separuh masa pertama berakhir nampaknya sudah memberi mereka kemenangan, tetapi gol hasil tendangan akrobatik pemain West Ham, Mohammed Kudus, mengembalikan harapan mereka memberi cabaran kepada City.

Namun, pemain tengah City, Rodri, mengembalikan kelebihan dua gol pasukannya pada minit ke-59 dengan tendangan dari luar kawasan penalti yang tidak dapat ditepis kemas oleh Areola.

West Ham berpeluang merapatkan jurang gol pada minit ke-88, tetapi gol itu dibatalkan video penolong pengadil (VAR) kerana terkena lengan pemain pertahanan Tomás Soucek.

Kejayaan City mungkin dianggap biasa, meskipun hakikat mereka mencatat 19 kemenangan dan seri empat kali dalam 23 perlawanan sejak kekalahan mereka di Aston Villa Disember lalu tidak memeranjatkan ramai orang.

Kejayaan itu dicapai sedang City menghadapi 115 dakwaan oleh Liga Perdana bagi perbuatan kewangan luar aturan, yang kelab itu nafikan sekerasnya.

Sejak semua dakwaan itu dijatuhkan ke atas City 15 bulan lalu, semua kejayaannya disangsi oleh pihak luar. Tetapi apabila kayu ukur bola sepak digunakan, tiada perdebatan tentang penguasaan City.

Selepas dikecewakan Liverpool pada 2019-2020 yang ditunda dek Covid-19, pasukan Guardiola berjaya mengetepikan cabaran Liverpool di bawah pengurusan Jurgen Klopp dan baru-baru ini, pasukan Arsenal pimpinan Mikel Arteta.

Lonjakan pada akhir musim EPL sudah menjadi ciri terkenal City – yang menyakitkan hati peminat Liverpool dan Arsenal – dan lumrah pasukan biru Manchester itu.

Mereka menghalang Liverpool dua kali, pada 2018-2019 dengan kemenangan 4-1 ke atas Brighton untuk memenangi Liga Perdana dengan kelebihan satu mata sahaja dan dengan bangkit semula dari belakang bagi menjaringkan tiga gol dalam lima minit untuk menang 3-2 ke atas Aston Villa pada perlawanan terakhir 2021-2022.

Pasukan City penuh dengan pemain handalan, daripada penyerang berbisa, Erling Haaland, dan kreativiti pemain tengah, Kevin De Bruyne, hingga bintang muda, Phil Foden. Secara keseluruhannya, mereka menjaringkan 50 gol musim ini.

Kecederaan Haaland dan De Bruyne pada awal musim tidak mempunyai kesan besar terhadap pasukan gergasi Liga Perdana itu.

Pemain pertahanan, Josko Gvardiol, yang diberi pada harga £77 juta ($132 juta) daripada RB Leipzig, telah menunjukkan keupayaannya menjaringkan gol dengan dua gol semasa kemenangan 4-0 ke atas Fulham dan satu lagi ketika mengalahkan Nottingham Forest.

Ketiadaan penjaga gol utama, City Ederson, tidak menjadi keraguan apabila Stephen Ortega mengagumkan sepanjang musim ini.

Pada perlawanan penting menentang Tottenham, beliau menghalang percubaan dekat, Son Heung-min, bagi memastikan pasukannya hanya memerlukan kemenangan pada perlawanan akhir menghadapi West Ham untuk menjadi juara.

City akan mempertahankan Piala FA menentang Manchester United di Wembley pada 25 Mei. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg