Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

City tundukkan Villa 3-1, rapat jurang dengan Arsenal

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Tiga gol dalam separuh masa pertama membolehkan Manchester City menewaskan Aston Villa dalam perlawanan pertamanya sejak ia dituduh melanggar lebih 100 peraturan Liga Perdana England (EPL).



Tuduhan itu menambah ujian dari luar padang bagi City, tetapi juara bertahan liga itu memberi respons dengan cara terbaik di padang pada dini hari Isnin - mengatur serangan demi serangan untuk mengasak benteng Villa selepas ia bertahan menangani tekanan awal daripada lawannya.



Cara City menang tidak menunjukkan potensinya sepenuhnya, tetapi ia menambah keyakinan diri pasukan itu menjelang pertemuan dengan pendahulu liga Arsenal di Stadium Emirates pada 15 Februari.



Kemenangan bagi anak didik Pep Guardiola itu akan bermakna mereka loncat ke puncak liga, menjatuhkan Arsenal ke tangga kedua.



Pemain City yakin mereka tidak keseorangan menghadapi tuduhan menimbun itu, dengan penyokong setianya bersorak lantang sepanjang perlawanan di Stadium Etihad itu.



Ini menyusuli perbuatan Guardiola mempertahankan City dan dan pemiliknya, Sheikh Mansour, sebelum perlawanan bermula.



City memulakan perlawanan dengan baik apabila Rodri menanduk masuk bola daripada tendangan sudut Riyad Mahrez, tetapi terpaksa menanti hingga sejurus sebelum waktu rehat untuk menjaringkan lebih banyak gol.



Percubaan Calum Chambers untuk mematahkan hantaran kemas oleh Kevin de Bruyne menyebabkan beliau menanduk bola melepasi tangan Emi Martinez.



Erling Haalang berada di posisi kurang baik untuk menjaringkan gol, tetapi beliau berjaya mengumpan bola kepada Ilay Gundogan yang menyentuh bola mudah ke dalam gawang.



Sejurus kemudian, Mahrez menjaringkan gol ketiga bagi City dari petak penalti, selepas Jacob Ramsey menjatuhkan Jack Grealish dalam petak penalti.



Pada saat itu, City kelihatan akan menang mudah tetapi satu kesilapan oleh Bernardo Silva pada minit ke-60 membolehkan Ollie Watkins melarikan bola dan memperdayakan Ederson untuk menjaringkan gol, sekali gus merapat jurang kepada 1-3.



Menyusuli itu, City menjadi lebih tertekan dan hampir melepaskan gol kedua apabila Philippe Coutinho membuat percubaan dari jarak jauh yang hanya melepasi palang gol dan percubaan Jhon Duran terkena palang pada saat-saat terakhir perlawanan.



Sebelum perlawanan bermula, Guardiola berkata pasukannya tidak akan membiarkan perkembangan di luar padang menjejas tumpuan mereka.



Namun penyokong City sendiri menunjukkan perasaan mereka mengenai tindakan EPL mengenakan lebih 100 tuduhan ke atas pasukan itu.



Ada yang menjulang kain rentang yang berkata, 'Kami turun ke divisyen satu dengan berbilion dalam bank', dan ada juga menunjukkan kata-kata kesat terhadap EPL.



Jika didapati bersalah, City boleh diturunkan ke divisyen lebih rendah dan dikenakan denda berat.



Guardiola berkata kelab itu tidak gentar dikenakan tindakan mahkamah kerana ia bertindak secara wajar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >