Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Coco Gauff tundukkan pemain utama Britain, Katie Boulter

Aug 10, 2023 | 12:43 PM
KIAN MENINGKAT NAIK: Pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff, berjaya menewaskan pemain nombor satu Britain, Katie Boulter, dengan straight set.
KIAN MENINGKAT NAIK: Pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff, berjaya menewaskan pemain nombor satu Britain, Katie Boulter, dengan straight set. - Foto REUTERS

MONTREAL: Pemain remaja wanita Amerika Syarikat, Coco Gauff, berjaya tewaskan pemain nombor satu Britain, Katie Boulter, dengan straight set dalam pusingan kedua Terbuka Bank Nasional 2023.

Sebelum ini Boulter, 27 tahun, belum tewas satu set langsung semasa dua perlawanan kelayakan serta perlawanan pembukaan di Montreal.

Namun Gauff,19 tahun, berjaya tewaskan Boulter 6-2 6-2. Lawan Gauff selanjutnya adalah Marketa Vondrousova dalam 16 pemain terakhir.

Vondrousova yang berasal dari Republic Czech, mengakhiri perjalanan bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, dalam pertandingan dengan keputusan 6-2 7-5.

Wozniacki tewas dalam serve beliau sebanyak dua kali dalam set pembukaan yang kelihatan berat sebelah, namun cuba bangkit daripada ketinggalan tiga mata, namun sekali lagi melakukan kesilapan semasa membuat serve ketika mata permainan 5-5, sebelum Vondrousova akhirnya menang perlawanan itu.

Sebelum ini Gauff, yang berada di kedudukan ketujuh dunia, membuka perlawanan dengan hebat semasa menentang Boulter pada Rabu, sedang beliau hanya tewas tiga mata dalam set pembukaan.

Boulter yang kini berada di kedudukan ke-72 dunia, cuba memberikan respons dan berjaya raih dua mata kepada 5-2, namun Gauff capai mata ketiga. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg