Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Conte mahu pemain Spurs yakin diri lepas tewas pada Milan

Bayern tundukkan PSG 1-0 dalam pusingan pertama kumpulan 16 pasukan
Feb 16, 2023 | 05:30 AM



MILAN: Antonio Conte berkata beliau memerlukan pemain Tottenham Hotspur mula percaya pada diri mereka sendiri, setelah mereka tewas 0-1 kepada AC Milan pada Selasa, yang meletak kelab Liga Perdana England (EPL) itu dalam risiko disingkirkan daripada Liga Juara-Juara.



Spurs gagal mencipta sebarang peluang jaringan di San Siro dan selepas kekalahan dalam pusingan pertama aksi 16 pasukan terakhir itu serta kalah teruk kepada Leicester hujung minggu lalu, Conte berkata adalah tanggungjawabnya untuk memberi anak didiknya lebih keyakinan.



"Saya fikir beberapa pemain memerlukan lebih banyak keyakinan, terutamanya dalam serangan. Kami perlu menemui semula keyakinan yang kami hilang ketika mengatasi lawan. Tetapi, ada usaha dan keinginan tinggi untuk berbuat sedemikian," kata Conte kepada wartawan.



"Tugas saya ialah memberi pemain keyakinan dalam diri mereka.. .Kami pastinya perlu cuba dan memperbaiki perkara itu."



Conte harus menangani masalah ketiadaan Rodrigo Bentacur dan Yves Bissouma dek kecederaan serius, yang menyebabkan beliau membariskan pemain muda Oliver Skipp dan Pape Matar di midfield.



Warga Italy itu berkata persembahan duo midfield itu memberinya harapan, sedang beliau terpaksa melupakan Bentancur sepanjang baki musim dan Bissouma memerlukan pembedahan bagi fraktur stres di buku lalinya.



"Bermain seperti ini dalam Liga Juara-Juara dan di San Siro dalam suasana sebegini... mereka bermain dengan sangat baik, saya sangat gembira," tambah Conte.



"Persembahan jenis ini membuat saya berasa lebih senang mengenai masa depan kerana anda boleh menganggap kami mungkin menamatkan musim ini dengan tiga pemain midfield.



"Saya tahu saya boleh bergantung 100 peratus pada dua pemain ini."



Brahim Diaz menjaringkan satu-satunya gol perlawanan itu pada minit ketujuh dalam stadium San Siro yang penuh untuk memberi Milan kelebihan sebelum pusingan kedua di London pada Mac.



Dalam pada itu, Kingsley Coman meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Bayern Munich menumpaskan Paris Saint-Germain 1-0 dalam pusingan pertama aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara mereka pada Selasa.



Pada lewat perlawanan, pemain gantian Kylian Mbappe menjaringkan gol penyamaan tetapi ia tidak dikira kerana dinilai sedikit ofsaid.



Coman, yang tidak diawasi, menyumbat masuk hantaran Alphonso Davies lapan minit dalam babak kedua di Parc des Princes, ketika Mbappe bersiap-siap untuk dimasukkan sekembalinya daripada kecederaan selepas PSG kelihatan ketandusan idea tanpa penjaring terbanyak mereka itu.



Mbappe, dan semua penyokong di stadium, fikir beliau telah menyamakan kedudukan dengan perlawanan berbaki lapan minit apabila beliau menjaringkan bola hantaran cutback Nuno Mendes.



Tetapi gol tersebut tidak diambil kira kerana Mendes berada di hadapan sedikit pemain pertahanan terakhir lawan pada permulaan gerakan serangan itu.



Bayern menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Benjamin Pavard dilayangkan kad merah, namun ia adalah pengakhiran mengecewakan bag PSG.



Kelab gergasi Perancis itu kelihatan jauh lebih baik pada tempoh akhir perlawanan dengan kehadiran Mbappe, tetapi ia juga memerlukan Gianluigi Donnarumma beraksi cemerlang bagi menyelamatkan beberapa rembatan untuk menghalang jurang gol yang lebih besar.



PSG kini mesti berharap mereka dapat mengubah kedudukan pada perlawanan kedua di Munich pada 8 Mac. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >