Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Chelsea sumbang 78,000 makanan percuma untuk petugas barisan depan

Apr 17, 2020 | 9:35 AM
HATI MURNI: Sumbangan pasukan The Blues itu akan meringankan bebanan petugas NHS yang bekerja keras dalam tempoh lama di lima hospital.
HATI MURNI: Sumbangan pasukan The Blues itu akan meringankan bebanan petugas NHS yang bekerja keras dalam tempoh lama di lima hospital. - REUTERS

LONDON: Kelab bola sepak England, Chelsea, telah menyumbang 78,000 makanan percuma kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) dan badan kebajikan yang membantu warga emas serta golongan memerlukan ketika krisis koronavirus, menurut jurucakap kelab Liga Perdana, awal pagi tadi.

Sumbangan pasukan The Blues itu akan meringankan bebanan petugas NHS yang bekerja keras dalam tempoh lama di lima hospital.

"Kami sentiasa komited membantu masyarakat terutama mereka yang memerlukan dan pada saat sukar ini sumbangan kami amat bermakna dan penting berbanding sebelum ini," kata pengerusi Chelsea, Bruce Buck.

"Pemilik kami, Roman Abramovich memberi sokongan penuh untuk kami membantu golongan tua dan susah ketika mereka sedang diancam Covid-19."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg