Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pemain EPL bantu ringan beban

Apr 9, 2020 | 8:58 AM
USAHA MURNI: Mengumumkan inisiatif  yang dinamakan #PlayerTogether (Pemain Bersama), pemain Liga Perdana England mahu membantu petugas barisan hadapan NHS memerangi wabak koronavirus. Mereka berharap dapat mengumpulkan £4 juta ($7.08 juta) daripada usaha  ini.
USAHA MURNI: Mengumumkan inisiatif  yang dinamakan #PlayerTogether (Pemain Bersama), pemain Liga Perdana England mahu membantu petugas barisan hadapan NHS memerangi wabak koronavirus. Mereka berharap dapat mengumpulkan £4 juta ($7.08 juta) daripada usaha  ini. - REUTERS

LONDON: Para pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) sepakat mengumpul dana untuk disalurkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS) susulan pandemik COVID-19.

Mengumumkan inisiatif yang dinamakan #PlayerTogether (Pemain Bersama), ia bertujuan membantu petugas barisan hadapan NHS memerangi wabak koronavirus. Mereka berharap dapat mengumpulkan £4 juta ($7.08 juta) daripada usaha murni ini.

Kenyataan pemain menyebut: "Sumbangan ini merupakan daya usaha yang akan membantu NHSCT untuk memberikan geran secepat mungkin kepada barisan depan sebagai sokongan dalam pelbagai cara, termasuk meningkatkan kesejahteraan kakitangan NHS, sukarelawan dan pesakit yang terjejas akibat Covid-19."

Pemain seperti kapten Liverpool, Jordan Henderson, penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang antara yang berkongsi usaha itu dalam sosial media mereka.

Awal minggu ini, Liga Perdana mencadangkan agar pemain menerima pemotongan gaji sebanyak 30 peratus tetapi Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA) menegaskan langkah itu mampu memberi impak ke atas NHS kerana ia akan mengurangkan kadar potongan cukai.

Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock antara ahli politik yang menggesa pemain untuk menerima pemotongan gaji dan memainkan peranan mereka dalam situasi sukar ini.

Menerusi usaha #PlayerTogether, setiap kapten pasukan berusaha - selepas perbincangan dengan rakan sepasukan - menentukan kadar peratusan gaji bulanan yang mahu didermakan. Namun begitu, sekiranya ada diantara pemain mahu menderma lebih lagi, ia digalakkan.

Perbincangan mulanya disasarkan pada gaji yang diterima pemain bagi bulan April dan Mei.

Kelmarin, Pengerusi Persatuan Bola Sepak Inggeris, Greg Clarke menggesa pemain dan peminat untuk berkongsi beban bagi memastikan bola sepak dapat 'dihidupkan' semula.

Spurs menerima desakan daripada peminat untuk mengikut jejak langkah Liverpool yang membuat pusingan-U dan memohon maaf di atas perancangan awal mereka untuk memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg