Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SIRI PERLUMBAAN KERETA CATERHAM

Daim di ambang kejuaraan pertama arena lumba kereta

Dec 02, 2017 | 05:30 AM



JIKA tiada aral melintang, hujung minggu ini akan menyaksikan pemandu muda berbakat Singapura, Daim Hishammudin, menjulang trofi kejuaraan pertama dalam perlumbaan kereta - siri Motorsport Caterham Prince Lubricants 2017 - yang mencapai kemuncaknya di Litar Antarabangsa Sepang hari ini dan esok.



Selepas mengungguli siri kejohanan ini dengan memenangi kesemua perlumbaannya bagi kelas 420R yang disertainya sejauh ini - pusingan kedua dan ketiga di Sepang pada Mei dan Ogos lalu serta pusingan keempat di Litar Speedway di Filipina dua bulan lalu - Daim memerlukan hanya dua mata daripada dua perlumbaan terakhir hujung minggu ini untuk ditabal juara.



Menyaksikan bagaimana pemandu berusia 19 ini menguasai kesemua perlumbaannya sejauh ini mungkin sukar melihat pesaing-pesaingnya lain dapat menafikan Daim - bekas juara karting Asia sebanyak lima kali - daripada menjulang kejuaraan sulungnya dalam perlumbaan kereta.



"Jika berjaya hujung minggu ini, ia tentu sekali sesuatu yang istimewa kerana ia adalah kejuaraan pertama saya dalam arena lumba kereta," ujar Daim semasa dihubungi baru-baru ini.



"Kejayaan menewaskan beberapa pemandu lain yang jauh lebih berpengalaman dalam siri Caterham ini telah meningkatkan keyakinan dan semangat saya terutama selepas berehat panjang daripada sukan ini.



"Saya juga ingin membuktikan bahawa saya masih mampu mengekalkan kepantasan di litar serta sentuhan untuk terus mencatatkan kemenangan.



"Tetapi tugas saya belum lagi selesai... saya masih memerlukan dua mata (untuk ditabal juara)... saya mungkin berada dalam kedudukan selesa tetapi dalam perlumbaan kereta, anda tidak boleh dibuai terlalu yakin... apa jua boleh berlaku semasa perlumbaan," tambah Daim yang juga merupakan duta sukan bermotor program 'Dare to Dream' syarikat AirAsia.



Menyaksikan bagaimana anak kedua dalam keluarga tiga beradik ini kembali menyerlah selepas lebih dua tahun 'berehat' daripada sukan ini - menumpukan perhatian kepada pelajarannya dan kemudian perkhidmatan negara (NS) - menjadi bukti potensi besarnya dalam arena perlumbaan kereta.



Apatah lagi beliau kini juga terpaksa menyelitkan masanya antara minatnya dalam sukan ini dengan 'tugas' sepenuh masanya - menjalani perkhidmatan negara (NS) - sejak Oktober tahun lalu.



Menjelang perlumbaan terakhir siri perlumbaan kereta Caterham hujung minggu ini, Daim kini berada dalam kedudukan selesa - menduduki tangga teratas senarai pemandu dengan kelebihan 28 mata daripada pesaing terdekatnya, Rocky Siow dari Malaysia.



Untuk mengatasi Daim, pencabarnya itu perlu memenangi kededua perlumbaan akhir ini di samping mengharapkan pelumba Singapura itu gagal gagal menamatkan perlumbaannya - satu scenario yang mungkin sukar dilihat memandangkan kecemerlangan Daim semasa menguasai kesemua perlumbaannya sejauh ini.



Malah, rakan bersama dari syarikat Asia Motorsport Development (AMD), Ben Potter - syarikat yang menguruskan kerjaya dan keperluan Daim termasuk mendapatkan penaja dalam sukan ini - tidak ragu-ragu melihat Daim menyempurnakan tugasnya hujung minggu ini untuk ditabal juara.



"Daim begitu cemerlang sepanjang musim ini... bukan sahaja beliau berjaya menang lapan perlumbaannya sejauh ini, malah memenanginya dengan jurang jarak yang besar (berbanding pesaingnya lain).



"Beliau juga memiliki tahap keyakinan yang tinggi, jadi saya yakin Daim akan muncul juara," ujar Potter.



"Daim begitu cemerlang sepanjang musim ini... bukan sahaja beliau berjaya menang lapan perlumbaannya sejauh ini, malah memenanginya dengan jurang jarak yang besar (berbanding pesaingnya lain). Beliau juga memiliki tahap keyakinan yang tinggi, jadi saya yakin Daim akan muncul juara."
- Ben Potter, rakan bersama syarikat Asia Motorsport Development (AMD) - syarikat yang menguruskan kerjaya Daim dalam sukan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >