Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dalic di ambang kegemilangan

Jul 15, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Namanya mungkin kurang dikenali di luar Croatia tetapi pasukannya kini di ambang kegemilangan.



Tetapi sejak Zlatko Dalic (gambar kanan) dilantik jurulatih pasukan pada Oktober lalu, pasukannya itu hanya kalah dua kali daripada 12 perlawanan terakhir mereka.



Sebelum ini beliau pernah bertugas dengan beberapa kelab kecil termasuk bersama Al-Ain dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2014.



Namun, malam ini, Dalic berupaya melonjak ke puncak bola sepak dunia jika skuad berbakatnya dapat meneruskan laluan cemerlang di Piala Dunia Russia ini.



Dalic dan Croatia hanya satu lagi kemenangan daripada mencipta sejarah.



Hanya Perancis kini 'menghalanginya' daripada mahkota keagungan bola sepak dunia itu yang akan ditentukan di Stadium Luzhniki, Moscow, malam ini.



Kemenangan ke atas Perancis akan menyaksikan Croatia - sebuah negara dengan hanya sekitar 4 juta penduduk - menjulang Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah negara di wilayah Balkan itu - menyertai senarai elit hanya lapan negara sebelum ini yang pernah ditabal juara dunia.



"Tiada orang yang harus terkejut melihat Croatia dalam final Piala Dunia ini," ujar Dalic.



"Mungkin ada yang memperkecilkan keupayaan kami tetapi pemain-pemain kami beraksi bersama kelab-kelab terkuat seperti Real (Madrid) dan Barcelona.



"Mereka juga telah menunjukkan prestasi hebat sepanjang beraksi di Russia ini."



Beliau tidak syak pasukan manakah yang akan muncul pemenang malam ini.



"Piala Dunia ini akan dimenangi pasukan yang memiliki karakter.



"Pasukan kami ketinggalan 0-1 dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini tetapi berjaya bangkit untuk menang.



"Kami berjaya menunjukkan karakter... kami sebuah negara yang warganya tidak pernah menyerah kalah... yang bangga dan mempunyai karakter... dan menunjukkan bahawa kami adalah pasukan terbaik di Piala Dunia ini," tambah Dalic.



Pencapaian ke final ini turut menyaksikan generasi pemain berbakat Croatia ini 'melenyapkan' bebanan yang dipikul apabila kerap dibandingkan dengan skuad emas negara itu yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998 termasuk mengejutkan Jerman 3-0 di suku akhir.



Bagaimanapun skuad yang ditunjangi Davor Suker, Zvonimir Boban dan Robert Prosinecki itu mengalami kekecewaan tewas kepada tuan rumah Perancis di separuh akhir kejohanan itu.



Dalic memberitahu pemain-pemainnya bahawa final malam ini adalah peluang bagi pasukannya menebus kekecewaan yang dialami sejak dua dekad itu.



"Pada 1988, saya berada di Perancis bagi penyokong... siapa yang boleh lupakan mengenai kekalahan itu.



"Jadi final malam ini mungkin mempunyai makna bersejarah... peluang bagi kami menebus luka lama.



"Inilah bola sepak... apa yang kami perlu lakukan kini ialah fokus dan melakukan persiapan bagi menunjukkan permainan terbaik dalam final Piala Dunia," tambah Dalic. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >