Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Dapatkah Tuchel tundukkan Guardiola lagi?

Pertempuran antara Chelsea dan City menarik kerana kededua pengurus boleh sesuaikan susunan dan strategi pasukan dalam setiap perlawanan
Sep 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel disegani di England kerana beliau antara dua pengurus yang telah menewaskan Pep Guardiola dan Manchester City dalam tiga perlawanan berturut-turut.



Malam ini, beliau berpeluang mencantikkan lagi statistik itu menjadi empat kemenangan berturut-turut apabila pasukannya Chelsea menerima kunjungan City di Stamford Bridge.



Tuchel tidak pernah menewaskan Guardiola semasa kededuanya bertugas di Bundesliga Jerman.



Namun, beliau berjaya berbuat demikian sejurus selepas menyertai Chelsea musim lalu, memenangi tiga perlawanan dalam tiga pertandingan berbeza - kesemuanya dalam tempoh enam minggu.



Sebelum itu, hanya pengurus Liverpool Jurgen Klopp berjaya menewaskan Guardiola dan City berulang kali.



Namun, kejayaan Tuchel dan Chelsea menewaskan Guardiola dalam final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu adalah satu pencapaian yang sukar ditandingi.



Perkara itu bermakna pertemuan pertama antara dua kelab ini dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini sekarang menjadi perhatian utama pada hujung minggu lalu



Menurut juruanalisis bola sepak Michael Brown, yang juga bekas pemain City, perhatian penyokong dan kakitangan City tertumpu terhadap perlawanan menentang Chelsea.



"Tidak ramai pengurus boleh menewaskan Pep dan sesiapa yang berbuat demikian akan menarik perhatian," ujar Brown.



Menjelang pertemuan ini, perhatian dan tekanan juga milik Chelsea, yang berada di puncak liga.



Tuchel, sejak menyertai kelab itu, telah 'langkah kanan' dan memenangi trofi terunggul di Eropah.



Pasukannya juga kini dianggap sebagai antara pesaing utama bagi mahkota EPL.



Pertempuran antara Guardiola dan Tuchel juga menarik kerana kededua pengurus boleh menyesuaikan susunan dan strategi pasukan dalam setiap perlawanan.



Bekas pemain Chelsea Pat Nevin berkata Tuchel dan Guardiola berupaya mengubah taktik dengan segera semasa perlawanan.



Tuchel, musim ini, dilihat mengabaikan sistem 3-4-3 yang memenangi untuknya trofi Liga Juara-Juara musim lalu. Sebaliknya, beliau lebih mengutamakan sistem 3-5-2, menggunakan Kai Harvertz atau Timo Werner untuk mengumpan bola kepada Romelu Lukaku.



Guardiola pula mempunyai bangku simpanan mewah pemain antarabangsa, dengan pemain seperti Riyadh Mahrez bangkit menunjukkan kebolehan baru-baru ini.



Dalam pada itu, Manchester United berpeluang menebus kekalahan mengecewakan kepada Norwich dalam Piala EFL minggu lalu apabila bertemu Aston Villa malam ini.



United, yang kini mempunyai 13 mata selepas lima perlawanan - sama dengan Chelsea tetapi kurang menjaringkan gol - menduduki tangga ketiga dalam EPL dan berpeluang meluaskan jarak antaranya dengan pasukan lain di bawahnya.



Villa pula, yang kehilangan Jack Grealish kepada City, tidak lagi dianggap sebagai pasukan digeruni yang membelasah Liverpool musim lalu, dan tidak dijangka boleh bersaing dengan United.



Satu lagi pesaing bagi kejuaraan liga, Liverpool, bertandang ke Brentford, di mana Mohamed Salah dan rakan sepasukannya memburu tiga mata maksimum untuk terus bersaing dengan City dan United di puncak liga.



Esok pula, derby London antara Arsenal dengan Tottenham Hotspur menjadi tumpuan.



Meskipun kededua kelab itu tidak menunjukkan form baik kebelakangan ini, perlawanan antara musuh sekota itu biasanya tidak mengikut form dan penuh drama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >