PARA peminat bola sepak kini boleh mendapatkan keputusan terkini perlawanan daripada aplikasi bergerak Football Kaki Live dari akhbar The New Paper yang telah diberi nafas baru.
Aplikasi percuma untuk telefon bijak iOS dan Android itu juga menyediakan berita terkini tentang Liga-S, selain perkembangan mengenai Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
Para peminat juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai mingguan dalam peraduan meneka keputusan perlawanan Liga-S berjumlah hampir $15,000 bagi tempoh musim ini.
Lima peminat yang meneka dengan tepat keputusan perlawanan itu akan memenangi $100 setiap seorang setiap minggu.