Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Dapatkan bintang secara percuma

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



Beberapa bintang hebat bola sepak Eropah sudah memasuki tahun terakhir dalam kontrak mereka dan terdapat nama-nama besar dijangka meninggalkan kelab mereka pada akhir musim ini. Daripada Kylian Mbappe kepada Gareth Bale, BERITA HARIAN menyenaraikan pemain yang boleh ‘dimiliki secara percuma’ apabila kontrak mereka tamat musim panas depan.




KYLIAN MBAPPE

Penyerang

Paris Saint-Germain



TIDAK dinafikan Mbappe adalah antara bakat paling handal dalam bola sepak hari ini, tetapi persoalan sama ada beliau akan kekal di Paris Saint- Germain melampaui musim panas 2022 masih belum terjawab. Real Madrid sedang berusaha mendapat tandatangannya, dan Mbappe, 23 tahun, memberitahu saluran televisyen TNT Brasil: “Saya menghabiskan lima tahun yang luar biasa di sini, saya telah merebut setiap detik yang ada dan saya akan terus berbuat sedemikian. Saya gembira dengan kedua-dua aspek – beraksi di padang dan kehidupan peribadi saya.



“Sekarang ada banyak perkara berlaku, cabaran hebat, dan saya telah bercakap tentangnya.”



Namun, apabila ditanya sama ada beliau akan berada di PSG selepas kontraknya tamat, beliau menambah: “Saya di sini, saya masih di sini, saya di sini musim ini.”



PAUL POGBA

Pemain midfield

Manchester United



‘IKATAN’ Pogba buat masa ini di Old Trafford bakal tamat musim panas depan, selepas beliau bersetuju melanjutkan kontraknya selama lagi setahun kepada 2022.



Bintang Perancis itu mengharungi tempoh yang bercampur baur di Manchester United akibat beberapa kecederaan dan prestasi yang kurang konsisten, malah beliau mengakui bahawa “ia mungkin masa yang baik untuk berdepan cabaran baru di tempat lain”.



Pogba, 28 tahun, memaparkan persembahan yang menggalakkan sejak beberapa bulan lalu, meskipun beliau kerap dikaitkan akan pulang ke kelab lamanya, Juventus.



GARETH BALE

Pemain sayap kanan

Real Madrid



SELEPAS sembilan tahun yang mencabar di ibu kota Sepanyol dengan bayaran pemindahan yang memecah rekod bola sepak England, kontrak



Bale bersama Real Madrid akhirnya tamat pada musim panas ini. Bale, 32 tahun, telah lama memiliki reputasi buruk dalam pasukan Real – dan juga di kalangan penyokongnya – dengan ejennya Jonathan Barnett baru-baru ini memberitahu program televisyen Sepanyol, Deportes Cuatro: “Ia tidak penting, saya tidak peduli apa yang mereka fikir. Saya tidak peduli tentang mereka (peminat Real Madrid). Mengapa saya harus peduli? Saya rasa peminat melayan dia dengan amat teruk.”



ALEXANDRE LACAZETTE

Penyerang

Arsenal



MASA depan Lacazette di Emirates masih tidak jelas, dengan bos Arsenal Mikel Arteta menepis soalan mengenai kontrak pemain Perancis itu di satu sidang media baru-baru ini.



Mengulas mengenai spekulasi pemindahan penyerang berusia 30 tahun itu, yang telah menyarung jersi ‘Gunners’ sejak 2017, Arteta berkata: “Ada banyak perbualan. Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat gembira dengan persembahan Luca buat masa ini, dan saya telah menyatakan bahawa kami tidak akan berbincang apa-apa tentang kontraknya sehingga tamat musim.”



OUSMANE DEMBELE

Pemain sayap kanan

Barcelona



DEMBELE, 24 tahun, dikatakan mungkin meninggalkan Barcelona selepas rundingan mengenai kontrak beliau nampaknya dibangkitkan. Ini meskipun Presiden Barcelona Joan Laporta menyatakan mereka merancang untuk mengekalkan pemain Perancis itu di kelab – dan bahawa Dembele adalah lebih baik daripada Kylian Mbappe.



“Kami ada hubungan yang sangat baik dengan Dembele dan dia mahu kekal di sini. Kami juga mahukan dia sebab dia pemain hebat,” kata Laporta. “Ini adalah situasi yang memerlukan rundingan dengan wakil yang inginkan yang terbaik untuk pemain. Saya teruja dengan Dembele, dia lebih baik daripada Mbappe.”



HUGO LLORIS

Penjaga gol

Tottenham Hotspur



MENURUT laman football.london, Antonio Conte berminat untuk mengekalkan penjaga gol veteran Lloris di Tottenham.



Lloris, 35 tahun, telah menyarung jersi Spurs sejak 2012 dan terus menjadi antara pemain paling konsisten pasukan itu, serta dikenal pasti sebagai pemimpin dengan pasukan nasional Perancis.



Namun, Lloris juga telah menyatakan hasrat beliau untuk mengakhiri kerjayanya di Perancis, sementara beliau juga dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Bola Sepak Major (MSL) Amerika Syarikat.




LUIS SUAREZ

Penyerang

Atletico Madrid



SELEPAS berpindah ke Atletico Madrid dari Barcelona pada 2020 bagi kontrak selama dua tahun, Luis Suarez dilaporkan berminat untuk menandatangani perjanjian baru di Wanda Metropolitano, menurut beberapa sumber.



Di usia 34 tahun, Suarez kini dianggap dalam kelompok pemain yang “lebih tua”. Bagaimanapun, sumbangan gol beliau untuk Atletico sejak tiba dari Barcelona sangat mengagumkan.



PAULO DYBALA

Penyerang

Juventus



DYBALA, 28 tahun, adalah salah seorang pemain bintang Juventus, sejak tiba dari Palermo pada 2015. Tetapi, sejak kebelakangan ini timbul spekulasi sama ada beliau akan melanjutkan tempohnya di Stadium Allianz.



Namun, pemain Argentina itu tampak memberi bayangan besar mengenai masa depan jangka panjangnya di Juventus, apabila memberitahu bintang tenis Jerman Alexander Zverev ketika ditanya adakah beliau akan kekal di kota Italy untuk lima tahun mendatang: “Mungkin, saya juga berharap. Jika anda datang ke Turin untuk lima tahun seterusnya, anda akan boleh cari saya di sini”.



JESSE LINGARD

Pemain midfield

Man United



PEMINDAHAN Lingard, 29 tahun, dari Old Trafford pada Januari ini kelihatan tergendala, dengan Manchester United dilaporkan berminat untuk mengekalkan pemain England itu di kelab meskipun beliau menikmati tempoh pinjaman yang berjaya di West Ham pada awal 2021.



Namun, keadaannya mungkin berubah sekarang setelah peletakan jawatan Ole Gunnar Solskjaer, dengan bekas pengurus Red Devils itu berkata: “Jesse sedang berlatih dengan gigih, dengan baik dan bagi saya, dia bersedia diturunkan. Dia kecewa dia tidak diberikan lebih perlawanan untuk beraksi.



“Mengenai keadaan dan perbincangan kontrak, saya tidak terlibat rapat dalam bab itu. Jadi, untuk saya, Jesse masih sebahagian besar skuad ini, dan dia membawa tenaga dan kualiti kepada pasukan setiap hari.”



CESAR AZPILICUETA

Pemain bek kanan

Chelsea



MENURUT laporan media, Chelsea merancang menawar kontrak baru kepada kapten kelab Azpilicueta selama lagi setahun. Azpilicueta, 32 tahun, adalah anggota veteran pasukan ‘Blues’, dan meskipun Barcelona dikatakan berminat menandatangani pemain itu, ia berkemungkinan beliau akan kekal di Stamford Bridge untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >