Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Deruman kereta lumba F1 gegar Marina Bay

Sep 20, 2024 | 7:27 PM
Pemandu McLaren, Lando Norris, ketika beraksi dalam sesi latihan pertama Grand Prix Singapura Formula Satu pada 20 September.
Pemandu McLaren, Lando Norris, ketika beraksi dalam sesi latihan pertama Grand Prix Singapura Formula Satu pada 20 September. - Foto AFP

Tirai persaingan Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) 2024 dibuka pada 20 September dengan perlumbaan latihan pertama yang memberi peluang kepada pemandu menyesuaikan diri dengan keadaan di Litar Jalanan Marina Bay sebelum pusingan kelayakan pada hari selanjutnya.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc, paling pantas melengkapkan satu pusingan dalam sesi pertama, mencatat masa 1 jam 31.763 saat, atau 1:31.763, diikuti pemandu McLaren, Lando Norris (+0.076) dan pemenang edisi 2023, Carlos Sainz dari Ferrari (+0.189).

Ada tiga sesi latihan kesemuanya – termasuk yang terakhir pada 21 September – yang antara lain bertujuan memberi pemandu dan pasukannya membuat perubahan terakhir ke atas kenderaan masing-masing – proses penting, terutama di litar Marina Bay yang dianggap antara paling mencabar dalam kalendar perlumbaan F1.

Final dijadual berlangsung pada 22 September.

Litar Marina Bay bukan sahaja menggabungkan beberapa jalan raya yang sempit dengan beberapa bahagian kurang mendatar, malah keadaan cuaca yang lembap dalam perlumbaan malam juga memainkan peranan menjejas strategi pasukan.

Perlumbaan kali ini melibatkan perubahan yang bertujuan menambah kerancakan perlumbaan.

Empat zon Sistem Pengurangan Seretan (DRS) telah diperuntuk, berbanding tiga zon DRS pada 2023, yang membolehkan pemandu menambah kelajuan kereta masing-masing di empat bahagian trak dengan hanya menekan butang.

Pemandu kini boleh menekan butang DRS di bahagian litar antara Selekoh 14 (Turn 14) dengan Selekoh 16; antara Selekoh 19 dengan Selekoh 1; antara Selekoh 5 dengan Selekoh 7; dan antara Selekoh 13 dengan Selekoh 14.

Selain litar Marina Bay, hanya Litar Albert Park di Australia memperuntuk empat zon DRS musim ini.

Seramai 250,000 peminat dijangka ke perlumbaan malam sepanjang tiga hari itu, sama seperti pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg