Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Di dalam padang, Chelsea kekal fokus, atasi Norwich

Mar 12, 2022 | 07:15 AM



LONDON: Pemain Chelsea tidak membenarkan masalah yang dihadapi kelab itu menjejas prestasi di padang apabila ia meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Norwich City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) awal pagi semalam.



Penyokong Chelsea di Carrow Road melaung-laungkan nama Roman Abramovich, pemilik kelab, beberapa jam selepas hartawan asal Russia itu dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain.



Di padang, pemain Chelsea bagaimanapun tidak hilang tumpuan dengan Trevoh Chalobah dan Mason Mount masing-masing menjaringkan satu gol untuk memberikan Chelsea kelebihan 2-0 dalam masa 15 minit pertama.



Teemu Pukki merapatkan jurang melalui tendangan penalti pada minit ke-69, tetapi Kai Havertz (kiri, gambar atas) menjaringkan gol ketiga Chelsea pada lewat permainan untuk menjamin tiga mata kemenangan bagi kelab itu.



Chelsea kekal di tangga ketiga liga dengan 56 mata - 13 mata di belakang pasukan pendahulu, Manchester City. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >