Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU EPL: NEWCASTLE LWN MACHESTER UNITED

Man U ditimpa krisis kecederaan Newcastle mahu balas dendam

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Newcastle akan menyasar untuk membalas dendam kekalahan dalam perlawanan akhir Piala Carabao apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Manchester United dalam Liga Perdana England, pada Ahad yang disambung semula selepas berehat kerana perlawanan antarabangsa.



Red Devils menewaskan Magpies 2-0 di Wembley pada Februari untuk menamatkan kemarau trofi mereka dan memanjangkan penantian Newcastle tetapi tumpuan kini berpaling ke persaingan merebut tempat dalam kelompok empat pasukan teratas.



Newcastle berpeluang naik tangga dan melepasi Manchester United dengan kemenangan di St James' Park selepas kemenangan berturut-turut ke atas Wolves dan Nottingham Forest untuk mengakhiri prestasi hambar mereka.



Sementara itu, sejak menumpaskan Newcastle di Wembley, pasukan Erik ten Hag belum memenangi perlawanan liga dan telah dibelasah teruk 0-7 oleh Liverpool.



Bagaimanapun, Red Devils belum pernah kalah dalam enam perlawanan Liga Perdana terakhir mereka menentang Magpies dan telah mengalahkan mereka 14 kali di St James' Park dalam liga tertinggi England itu.



Meskipun sejarah pertembungan antara kedua-dua pasukan menyebelahi Manchester United, Ten Hag akan menggaru kepala untuk menurunkan kesebelasan utama terbaiknya ketika senarai kecederaan skuadnya semakin bertambah.



Marcel Sabitzer menjadi mangsa terbaru selepas pengurus Austria Ralf Rangnick, yang merupakan pengendali sementara Manchester United musim lalu, mengesahkan pemain midfield itu mengalami kecederaan lutut semasa beraksi di peringkat antarabangsa.



Sabitzer menjaringkan dua gol untuk Austria ketika menewaskan Azerbaijan 4-1 minggu lalu, tetapi tidak terlibat dalam kemenangan 2-1 ke atas Estonia pada malam Isnin.



Kecederaan itu memberi tamparan kepada Ten Hag, yang sudah tanpa dua pemain midfield utama Casemiro dan Christian Eriksen.



United meminjam Sabitzer dari Bayern Munich pada Januari selepas Eriksen mengalami kecederaan buku lali yang serius dalam perlawanan piala.



Pemain antarabangsa Denmark itu berharap dapat membuat kemunculan semula pada April, tetapi belum bersedia diturunkan di St James' Park.



Casemiro tidak cedera tetapi digantung empat perlawanan domestik selepas dilayangkan kad merah keduanya musim ini menentang Southampton awal bulan ini. Warga Brazil itu sudah pun tidak bermain dalam satu perlawanan - kemenangan 3-1 Piala FA menentang Fulham.



Manchester United juga tanpa Donny van de Beek, yang mengalami kecederaan lutut dan perlu menjalani rawatan jangka panjang. Ketiadaan Sabitzer bermakna Ten Hag mungkin hanya mempunyai Fred dan Scott McTominay untuk dipilih bagi pertembungan Newcastle.



Bagaimanapun, Ten Hag boleh bersenyum sedikit apabila Marcus Rashford kembali menjalani latihan terhad pada Ahad selepas penyerang itu terpaksa menarik diri daripada perlawanan England baru-baru ini akibat kecederaan.



Beliau menarik diri daripada perlawanan kelayakan menentang Italy dan Ukraine selepas mengalami masalah jari kaki.



"Tetapi penjaring gol utama The Reds hanya boleh mengambil bahagian dalam sesi singkat. Tiada latihan yang melibatkan bola untuk pemain berusia 25 tahun itu, yang menjaringkan gol ke-27 musim United dengan sepakan cantik jarak jauh menentang Real Betis," kata Manchester United dalam satu kenyataan.



"Kecergasan Rashford akan menjadi kebimbangan menjelang pertembungan Liga Perdana di Newcastle United pada Ahad. Bos United, Erik ten Hag berkemungkinan akan memberikan maklumat terkini tentang Marcus dalam sidang akhbar pra-perlawanannya akhir minggu ini."



Pengendali Newcastle Eddie Howe lebih bernasib baik, mempunyai tiga pemain yang dijangka cergas untuk perlawanan pada Ahad.



Menurut Telegraph, mereka ialah pemain midfield Anthony Gordon, penjaga gol Nick Pope dan pemain pertahanan Fabian Schar.



Ini adalah rangsangan yang besar untuk Newcastle - terutamanya berita mengenai Gordon. Beliau terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kecederaan buku lali, dan tidak jelas bila beliau akan kembali. Beliau dikatakan akan terlepas tiga lagi perlawanan.



Beliau mungkin tidak akan bermula, tetapi Telegraph percaya bahawa Gordon sekurang-kurangnya cukup cergas untuk memainkan peranan menentang Red Devils. Pemain berusia 22 tahun itu tentu ingin membuktikan kemampuannya, terutama ketika Miguel Almiron cedera. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >