Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Djokovic belum bersedia bersara

Dec 28, 2023 | 12:04 PM



RIYADH: Pemain tenis, Novak Djokovic tidak bercadang untuk menggantung raketnya dalam masa terdekat dan berharap dapat mencontohi legenda bola sepak Amerika Syarikat (NFL), Tom Brady dengan melanjutkan kerjayanya melepasi hari lahirnya yang ke-40, kata pemain Serbia berusia 36 tahun itu pada 26 Disember.


Brady telah beraksi di NFL selama 23 musim, memenangi tujuh Super Bowl dengan pasukan New England Patriots dan Tampa Bay Buccaneers sebelum mengumumkan persaraannya pada usia 45 tahun pada awal 2023. 

Pemain tenis nombor satu dunia, Djokovic, yang sedang membuat persiapan untuk memulakan musim ke-22 beliau sebagai pemain profesional dengan perlawanan menentang Carloz Alcaraz di Riyadh, berkata banyak yang perlu beliau pelajari daripada Brady. 

“Tom Brady merupakan contoh hebat juara dalam sukannya dan seseorang yang mempunyai kerjaya hebat dan panjang umur,” kata juara Grand Slam sebanyak 24 kali itu.

“Beliau telah meluangkan banyak masa untuk menjaga diri beliau dalam pemulihan, untuk memastikan agar setiap aspek badan dan mindanya dilindungi, supaya beliau boleh mempunyai kerjaya yang berpanjangan.

“Saya mengenali beliau secara peribadi dan saya belajar banyak daripadanya... dan semoga saya juga mampu mempunyai kerjaya yang mencecah sehingga 40 tahun atau mungkin lebih dari itu.”

Brady hadir untuk menyaksikan rakannya memenangi Terbuka Perancis di Roland Garros pada Jun – yang merupakan satu daripada tiga trofi Grand Slam yang ditawan pemain kelahiran Serbia itu pada 2023, bersama-sama dengan gelaran Terbuka Australia dan AS.

“Saya berasa yakin dengan tahap fizikal saya sekarang dan saya telah bermain dalam saingan tenis yang benar-benar bermutu tinggi,” tambah Djokovic.

“Dan 2023 adalah salah satu musim terbaik yang pernah saya alami dalam hidup saya, jadi mengapa berhenti sementara anda masih bermain dengan hebat?

“Jadi saya akan teruskan dan mengambil (setiap) tahun, satu demi satu, dan melihat sejauh mana saya mampu pergi.”

Alcaraz menewaskan Djokovic dalam aksi persaingan tenis yang mendebarkan untuk memenangi kejuaraan Grand Slam 2023 di Wimbledon. 

Djokovic mengalu-alukan kebangkitan pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu sebagai saingan barunya, terutama apabila Roger Federer telah bersara dan Rafael Nadal mungkin akan beraksi dalam musim terakhirnya. 

“Era kami akan berakhir, tetapi anda mempunyai Alcaraz yang muncul, yang hebat, dan saya sangat gembira kerana saya mempunyai empat perlawanan yang sangat baik dengannya tahun ini (2023),” tambah pemain Serbia itu.

“Setiap perlawanan menarik banyak perhatian, kami mempunyai banyak sorotan hebat dan ia bagus untuk sukan kami.”

Djokovic bakal membuat persiapan terakhir untuk menjulang kejuaraan Terbuka Australia ke-11 dengan mewakili negaranya dalam Piala United yang akan diadakan dari 29 Disember hingga 7 Januari di Perth dan Sydney. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >