Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang cerah Novak Djokovic capai rekod juara ATP kali ketujuh

Nov 17, 2023 | 10:49 AM



TURIN (Italy): Novak Djokovic kekal di landasan untuk mencapai rekod ketujuh bagi kejuaraan ATP.


Ini selepas pemain tenis Italy, Jannik Sinner menewaskan Holger Rune 6-2, 5-7, 6-4 pada Khamis bagi Djokovic yang merupakan pemain teratas dunia, menempah tiket ke separuh akhir.

Sementara itu, Sinner pula telah menjamin tempat ke separuh akhir juga selepas Hubert Hurkacz tewas 7-6 (7-1), 4-6, 6-1 kepada Djokovic awal sebelum itu.

Sinner yang merupakan pemain keempat dunia itu berada di kedudukan teratas dalam kumpulan mereka, menang dalam perlawanannya menentang Rune di Pala Alpitour di Turin.

“Ia memang sukar, kerana saya belum pernah tewaskannya sebelum ini... penonton banyak membantu saya,” akui Sinner.

“Saya gembira dengan cara saya menang perlawanan itu.”

Meskipun Sinner sudah menjamin tempat di separuh akhir, pemain asal Italy itu mungkin boleh tewas di tangan Rune.

Jika ia berlaku, maka Djokovic pasti tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Namun Sinner bekerja keras untuk menduduki tempat pertama dalam kumpulan mereka menerusi tiga kemenangan, lantas memberi peluang kepada Djokovic yang berasal dari Serbia untuk bersamanya ke peringkat selanjutnya.

Di peringkat separuh akhir, juara Toronto Masters itu akan bertemu mana-mana pemain yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan Merah, sementara Djokovic pula akan menentang juara kumpulan tersebut.

Carlos Alcaraz dan pendahulu Kumpulan Merah, Daniil Medvedev – yang sudah menempah tempat ke separuh akhir – akan menentang satu sama lain, sebelum Alexander Zverev menentang pemain yang telah tersingkir, bertemu Andrey Rublev.

Pada awalnya Sinner kelihatan tidak menyukarkan Rune yang merupakan pemain asal Denmark, dalam perlawanan mereka itu.

Ini meskipun Rune tidak memerlukan masa lama untuk menumpaskan Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam perlawanannya sebelum ini.

Sinner, 22 tahun, sebelum ini pula mampu mengatasi Djokovic dalam perlawanan yang mengambil masa tiga jam dan kelihatan bersedia menempah nama sebagai antara pemain terbaik dunia apabila beliau mengatasi Rune dua kali dalam tiga perlawanan pertama mereka.

Sinner jelas lebih handal apabila mendapat sorakan penonton dalam perlawanan tersebut.

Menyentuh tentang keadaan fizikalnya, Sinner menambah:

“Belakang tubuh saya rasa okay, walau memang ada rasa sakit sedikit sebelum ini tapi kini sudah pulih. Mungkin ia tekanan dalam pertandingan. Saya tidak panggil langsung pakar fisioterapi dan saya tidak bimbang” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >