NEW YORK: Novak Djokovic akan menggantikan Carlos Alcaraz sebagai pemain tenis nombor satu dunia selepas menang dalam perlawanan pembukaannya di Terbuka Amerika.
Djokovic, yang tewas dalam final Wimbledon kepada Alcaraz, mengalahkan pemain Perancis Alexandre Muller 6-0 6-2 6-3 ke atas di New York.
Djokovic, 36 tahun, tidak dibenarkan bermain dalam Terbuka Amerika pada 2022 kerana tidak divaksinasi terhadap Covid-19.
Beliau kembali ke kejuaraan ini dan sedar jika menjuarainya, ia akan menjadi pertandingan utamanya yang ke-24 – menyamai rekod pemain Australia Margaret Court.
Djokovic tiada masalah menundukkan Muller, yang menduduki tangga ke-84 dunia.
“Saya bermula dengan baik, dan saya memang tidak sabar untuk ke gelanggang kerana sudah beberapa tahun tidak ke sini.
“Dalam set kedua dan ketiga, saya ketinggalan mata semasa membuat serve.
“Tapi saya bekerja keras untuk mendapatkan semula mata. Yang pasti, saya bermain dengan baik,” katanya.
Muller sebenarnya memberi tentangan dalam set ketiga sebelum Djokovic menang empat permainan terakhir untuk menang perlawanan itu dalam satu jam 34 minit.
Djokovic akan bertemu pemain Sepanyol, Zapata Miralles, dalam perlawanan keduanya.
Sebelum Terbuka Amerika, Djokovic menebus kekecewaannya tewas kepada Alcaraz di Wimbledion dengan menundukkan pemain Sepanyol itu dalam final Terbuka Cincinnati.
Pemain Serbia itu berjaya merampas mata dalam set kedua sebelum akhirnya menang 5-7 7-6 (9-7) 7-6 (7-4).
Alcaraz, pemain nombor satu bagi Terbuka Amerika kali ini, menundukkan Djokovic dalam lima set semasa final Wimbledon pada Julai.
Djokovic membandingkan kemenangan sukarnya di Cincinnati dengan kejayaannya di Terbuka Australia pada 2012, apabila beliau menewaskan Rafael Nadal dalam lima jam dan 53 minit.
“Setiap mata itu merupakan pertarungan. Saya benar-benar memberi tentangan dalam setiap pukulan, tidak kira apa jua keadaannya.
“Sudah pasti perasaan yang saya alami itu amat hebat kerana dapat mengalami pengalaman tersebut di gelanggang,” tambahnya.
Meskipun tewas, Alcaraz kekal di tangga pertama dunia ketika itu. Namun, Djokovic akan kembali ke takhta jika menang walau hanya satu perlawanan Terbuka Amerika di Flushing Meadows.
Djokovic kian bertambah baik dalam kedudukannya berbanding Nadal, dan Djokovic juga berada dalam senarai pemain terbaik utama selepas menjuarai Grand Slam ke-23 beliau semasa Terbuka Perancis pada Jun, di mana beliau menundukkan juga Alcaraz dalam separuh akhir.
Djokovic dan Nadal telah bertarung antara satu sama lain sebanyak 59 kali sepanjang 17 tahun lalu, sementara Alcaraz telah bermain empat kali semasa menentang Djokovic, 36 tahun dan kini mereka terikat 2-2.
“Saya rasa seronok dapat bermain dengan anda, berkongsi gelanggang dengan anda, belajar daripada anda,” kata Alcaraz, 20 tahun yang menitiskan air matanya selepas tewas dalam final itu. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg