Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tewaskan Djokovic saat paling gembira dalam kerjaya: Carlos Alcaraz

Dianggap ketuai kumpulan pemain tenis pelapis selepas Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Andy Murray
Jul 17, 2023 | 03:16 PM



LONDON: Carlos Alcaraz berkata kemenangan beliau ke atas Novak Djokovic di final perseorangan lelaki Wimbledon pada Ahad adalah saat paling gembira dalam hidupnya.


Alcaraz, 20 tahun, yang berasal dari Sepanyol, menewaskan Djokovic, juara tujuh kali, 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4 dalam final di Gelanggang Utama.

Kejayaan itu memberinya kemenangan pertama di Wimbledon dan merampas kejuaraan kelapan daripada Djokovic. Ia juga bermakna Djokovic gagal memenangi Grand Slam ke-24 – satu rekod. 

“Menewaskan Novak di Wimbledon satu impian yang telah wujud dalam benak saya sejak saya bermain tenis,” kata Alcaraz.

“Ia adalah saat paling gembira dalam hidup saya. Saya jangka ia tidak akan berubah dalam masa terdekat.

Alcaraz, yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat, kini dianggap sebagai ketua generasi pelapis yang bakal menggantikan Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer. 

Beliau ialah pemain yang ramah di luar gelanggang dan sering tersenyum, tetapi Alcaraz digeruni dalam gelanggang kerana cara permainannya yang agresif yang telah banyak membantunya. 

Malah, kata pertamanya di sidang berita menyusuli kemenangan terbesar dalam kerjayanya adalah untuk memohon maaf kerana terlewat 20 minit. 

“Ia bak impian yang menjadi nyata… menjadi juara Wimbledon ialah satu perkara yang betul-betul saya inginkan,” kata Alcaraz.

Alcaraz memenangi Grand Slam pertama di Terbuka Amerika pada 2022 dan menjadi pemain nombor satu dunia paling muda dalam sejarah. 

Sebelum itu, beliau memenangi hanya empat perlawanan profesional di gelanggang rumput dan beliau memenangi gelaran pertama di Queen’s pada Jun, sebelum berangkat ke Wimbledon.

“Kini saya telah jatuh hati pada rumput,” kata Alcaraz.

“Saya telah beraksi di gelanggang rumput dalam empat kejohanan dan memenangi kejohanan pertama di Queen’s. Saya tidak jangka boleh mencapai tahap permainan seperti ini dalam tempoh sesingkat ini.”

Alcaraz menamatkan rantaian kemenangan selama 10 tahun yang dinikmati Djokovic di Gelanggang Utama. Djokovic juga telah memenangi empat kejuaraan berturut-turut di Wimbledon. 

Kemenangan di Wimbledon itu bermakna Alcaraz menjadi pemenang lelaki Grand Slam berganda pertama sejak Stan Wawrinka pada 2015. Beliau juga lelaki pertama di luar kumpulan Federer, Nadal, Djokovic dan Andy Murray yang memenangi Wimbledon, sejak 2002.

Todd Woodbridge, yang memenangi sembilan kejuaraan regu lelaki dan satu kejuaraan regu campuran di Wimbledon, menggambarkan Alcaraz sebagai atlet yang menjadi wajah pertukaran generasi pemain terunggul lelaki.

“Generasi baru kini muncul… beliau juara yang hebat,” kata Woodbridge. 

Penonton di Gelanggang Utama menyebelahi Alcaraz bagi sebahagian besar perlawanan, memberinya sorakan selepas beliau tewas set pertama dalam masa 34 minit.

Sebaliknya, Djokovic diherdik kerana menghempaskan raketnya di tiang jaring dan dipersendakan kerana dianggap mengambil terlalu banyak masa untuk berehat antara servis. 

“Adalah menarik melihat bagaimana Novak menjadi marah dan menunjukkannya kepada penoton untuk mewujudkan keadaaan tegang yang diperlukannya untuk beraksi di tahap yang diperlukan,” kata Woodbridge.

“Carlos menyukai keadaan ini juga, tetapi beliau menghentikan cemuhan dengan menunjukkan kebaikannya,” kata beliau lagi. 

“Tenis amat bertuah kerana mempunyai beberapa juara yang hebat. Djokovic juga sebahagian kumpulan ini. Namun, kita juga mempunyai pemain seperti Roger dan Rafa, yang sebagai atlet bak anugerah kepada sukan.

“Anak lelaki muda ini juga adalah anugerah bagi sukan kita ini, disebabkan sikap, semangat bersaing dan senyumannya,” kata Woodbridge. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >